14
Assalamaulaikum

Hoh!! Hari minggu tak kemana-mana..Melayan Puteri-puteri bonda kat rumah je.Mengemas rumah sementara ahad tu air keluar.Basuh mana yang patut.Bersihkan apa yang perlu.Itu jelah..

Cuma ahad tu ada  mood untuk buat apam susu sebab tu pun terbaca kat fb resepi sheila rusly.Sementara barang semua ada kat rumah.Maka terhasillah Apam susu yang simple..

Meh aku bagi resepi apam susu ni.Bukannya susah sangat nak membuatnya.Korang pun boleh buat..Nak warna cantik-cantik beli la pewarna yang berwarna -warni macam aku..Tapi Apam susu by Me tu ada semangat JDT..hehehe

Resepi Apam susu Mudah
  1. 4 Biji Telur
  2. 1 Sudu teh Esen Vanilla
  3. 1 cawan gula pasir
  4. 4 sudu besar susu pekat
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. Pewarna

Cara Membuatnya
 Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.

Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.

Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka

.Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..

Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.
See..dah siap Apam susu aku..Dan habis dimakan pada hari tu jugak.Warna tu mengancam kan..hehehe...Tapi langsung tak kreatif lorekkan warna tu..muahaha...

Buat apam ni tak ambil masa yang lama pun.So untuk minum petang tu boleh la segera untuk disiapkan..Cuba jangan tak cuba...hehehe..





Post a Comment

  1. canikkkkk... lama x buat apam ni ;-)

    p/s telur gred brapa ni?

    ReplyDelete
  2. macam best je tp tak pernah try buat lagi

    ReplyDelete
  3. WAH MERIAHNYA...ida tak suka letak pewarna biru..wrna die kuat..ank berak pun keluar wrna biru..hehehe

    ReplyDelete
  4. salam singgah ke sini..

    cantik..warna tak penting..yang penting rasa tu..hehe

    ReplyDelete
  5. wahh siap ade tema JDT lagi tu..sedap dan senang nak buat

    ReplyDelete
  6. Mesti makan dengan penuh hati ceria kan

    ReplyDelete
  7. Mesti makan dengan penuh hati ceria kan

    ReplyDelete
  8. hihi, nana baru buat kek milo kukus tadi. boleh try apam susu ni pulak nanti. tq share kak ! bahan dia pun mudah. cuma kena beli pewarna :D

    ReplyDelete
  9. aummm cantik sangat kak..sayang nak makan..
    amik resepi dulu..kot cik rajin datang boleh la buat..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya warna.. Colourful. Nampak sedap pula tu.. ;)

    ReplyDelete
  11. wah warna meriahnya!
    saya suka juga tapi belum penah buat takat ni

    ReplyDelete
  12. Tak payah letak baking powder Ker?

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top