16
Assalamualaikum

Cerita pasal minggu lepas kot!!...Tapi masih sempat nak share walaupun dah lapuk cerita ni.

Biasalah kan..Bila dah jadi mak-mak orang ni,ada je benda nak buatkan untuk anakanda tu..Bukan tamo nak beli kat luar,tapi bila dah sekali sekala tu,berkat kerajinan ummi dia weekend tu.Maka terhasil lah Aiskrim homemade yang mudah dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah dan sudah tersedia ada.Cuma rajin atau tak je nak buat.Anak pun suka..Tak boleh la guna perkataan anak-anak sebab sorang je anak yang boleh makan aiskrim.Yang baby tak boleh makan lagi.

Resepi dah lama tersemat kat phone,cuma belum ada masa je nak buatnya.Dah..dah..Kalau korang nak juga buat aiskrim macam aiskrim wall selection tu,Meh la aku share resepi tu kat sini

Resepi Aiskrim Homemade Mudah 

1 tin susu cair 
1 tin susu pekat(korang boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu besar Ovallete

** Untuk perasa tu nanti korang boleh la letak macam-macam dalam aiskrim contoh milo,jagung,keladi,strawberi Omelco,atau korang boleh letak oreo hancur

Cara cara nak buat je senang je.Korang mix je semua bahan dan mixer sampai dia bertanduk.
Eh..kalau korang nak tau.aku guna blender je..Blend la sampai dia bertanduk.

Lepas dah keluar tanduk kental ,korang letak dalam bekas lain.Lepas tu boleh la korang letak flavour apa yang korang nak.Macam aku just letak milo dan jugak original rasa vanilla tu.cuma letak pewarna je bagi dia cantik.Lepas tu letak la dalam bekas apa-apa pun..Macam aku ni..


Tadaaaaaaaaaaa......


Siap untuk dimakan..heehe...Buat sikit je,buat banyak takde orang nak makan daaa...

Oklah..enjoy your aiskrim





Post a Comment

  1. Nyummy..pueh hati klu buat sendiri..nnti kalau dah mai mood rajin nak try jugak buat..

    ReplyDelete
  2. senangnya resepi. boleh cuba ni. bahan-bahan pun dah ada kat rumah. thanks for this ye.

    ReplyDelete
  3. Buat sendiri puas hari kan..macam senang je nak buat tu ha

    ReplyDelete
  4. yummy.. kiranya telur tu x masak la eh ? ngeh2..
    suggestion.. kalo akak berminat.. boleh tngk video gemma stafford..
    dia buat aiskrim homemade lgi senang kak.. smpai kita pun rasa x sngka semudah tu =D

    ReplyDelete
  5. hahahahaa.. tergelak baca bab "tanduk" tu.. :)

    nanti nak try la.. mcm senang je.. nak buat yg Oreo tu.. yumm.. yummm... :)

    ReplyDelete
  6. Salam singgah pagi sis...teringin juga nak buat aiskrim ni tapi belum berkesempatan lagi....hihi

    ReplyDelete
  7. Beli aiskrim maker pun best ni.... teringin nak buat tapi sat lagi pak mertuaku yang hadap tak ingat doonia...

    ReplyDelete
  8. Kakak Awfiyah belum ada teman nak makan aiskrim
    Tunggulah setahun lagi mahu dia berkongsi satu bekas dgn adik
    Banyak tu tak cukup setahun lagi.
    Sekarang Awfiyah makan aiskrim dgn umi dulu:)

    ReplyDelete
  9. buat sikit sbb x de org makan? hurmmm..kalau kat umah JM mmg x cukup ni...ovallete? x pernah tgk haruslah tanya pakcik google ni...

    ReplyDelete
  10. nampak sedap tu.. buat sendiri lagi senang kan..

    ReplyDelete
  11. Jimat buat sendiri.. Tiada bahan pengawet..

    ReplyDelete
  12. hmmm da 2 blog aida jalan buat eskrem sendiri ni.
    menduga iman betul. resepi da lama ada.
    just lom ada kerajinan nak membuat :) hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. Lagi jimatkan da lma x buat aiskrim

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top