6
Assalamualaikum

Blog mula menyepi bila anak dah tak sihat.Tak keruan bila demam masih tak kebah.Orang kata demam sebab nak beralih bulan.Demam diikuti dengan selsema dan batuk,memang ambil masa nak pulih.

Hari selasa,ummi time off kejap sebab hantar Naura ke klinik,Semalam,rabu ummi tak masuk kerja sebab demam masih tak kebah.Check doktor lagi takut kena denggi ke ape..Takde..Doktor kata ok je.Sepatutnya semalam Naura perlu dapatkan imunisasi Dtap yang kedua.Tapi nampaknya terpaksa di tunda lagi.Masuk kali ni dah dua kali tergendala.Tanya balik kat doktor tu,takde ape ke kalau asyik postponed je imunisasi.Doktor kata kalau dah dapat yang pertama tu,selamat lagi la..Jangan tak dapat terus.

Hari ni ummi terpaksa la kerja jugak sebab dah banyak sangat cutinya.Kalau ikutkan hati memang taknak tinggalkan dia.
Ummi sapukan air asam jawa untuk hilangkan kepanasan badannya.

Memang setiap kali demam,baju memang ditanggalkan.Pagi tadi check,cuma tinggal batuk dan selsema je.Demam dah kebah.Dah boleh gelak-gelak dengan kakak dia dah malam tadi.Kalau tidak asyik merengek je kerjanya..Yelah..orang tak sihatkan..

Oklah..nak siapkan kerja yang pending..Satgi membebel lagi..


Last but not least..Salam Maulidur Rasul untuk umat islam di dunia ni.

Post a Comment

  1. salam maulidur rasul kak ida. semoga anak cpt sembuh ^_^

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM.
    SINGGAH PAGI
    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. bila anak anak tak sihat, hati mak memang tak senang kan. buat apa pun asyik ingat anak.

    ReplyDelete
  4. Salam maulidur rasul kak ida.. semoga anak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. Semoga Naura cepat sembuh..Aaminn...

    ReplyDelete
  6. memang risau kalau anak x sihat.
    tak keruan kita kat opis, kan?

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top