11
Assalamualaikum

wit..wit.. selamat pagi korang..Semangat betul pepagi ni..Segar rasa badan..Rahsia???takde rahsia apa-apa pun..Mungkin penangan cerita malam tadi..SYOK beb!! Walaupun terlambat masuk office hari ni..Scan pukul 8.10 am..Iskkk..Mau kena tolak gaji.Ala...tak kisah la,Janji datang keje..Bukan selalu.

Oh No!!.Nak cerita.Tertengok sebenarnya cerita tu malam tadi..serius..memang terjatuh cinta lagi dengan lakonan Syukri Yahya yang awesome tu.Seperti tajuk entry aku la ni,Cik Cinderella Dan Encik Tengku ni.Memang boleh layan la episode pertama dia ni.Kita tengok pulak nanti episode kedua pulak..

Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Oh ye..Meh aku ceritakan sedikit sinopsis cerita Cik Cinderella dan Encik Tengku ni.Sebenarnya cerita ni adalah adaptasi dari sebuah Novel karya  Airisz.

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,. 

Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha? 
Jalan cerita memang best la...Tapi tak tau pulak kan kesudahan cerita ni sebab aku tak pernah baca pun Novel ni.
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Cerita ni diadaptasi dari Novel ni lah..


JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 16/12/2015 Rabu-Khamis 9 malam Tv3
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz



So,hari ni boleh sambung tengok lagi cerita ni..hehehe

Post a Comment

  1. bertindih ngn cerita korea Fiza.. hehe

    ReplyDelete
  2. Dah banyak drama di adaptasi dari Novelkan..
    Macam dah tau pulak jalan ceritanya..
    Jadi akak suka drama dulu-dulu..
    Membuat kita ternanti-nanti pengakhirannya kan Siti..

    ReplyDelete
  3. adaptasi novel..yang akak follow dari mula sampai habis..tuan anas mikail hehe

    ReplyDelete
  4. Episod prtama x smlt nak nengok

    ReplyDelete
  5. cita ni mmg sweet.cm gedik2 sikit..haha

    ReplyDelete
  6. Syukri Yahya ni makin famous eheh..

    ReplyDelete
  7. Bnyk juga cerita yng xdan nk tgk. Mna terhadap je lyan..

    ReplyDelete
  8. skang anak2 dara aida sakan layan tersuka sengaja tu.
    ria astro 10 mlm.
    hu hu hu sib baik minggu ni last. next week diorang da skola :)

    ReplyDelete
  9. Suka tengok cerita ni..santai dan sweet je perangai encik tengku :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top