14
Assalamualaikum


Sebelum tu,Entry untuk anakanda Naura terbengkalai dek kerana ummi terlalu busy.Walaupun niat nak update tentang Happy 4th  Monthsary Naura selalu tergendala,tetapi umi tetap ingat tentang perkembangan anak-anak ummi.

Semalam sepatutnya Naura dah dapat Imunisasi DTAP 2 sedangkan orang dah habis dengan DTAP 1-3 tetapi disebabkan anak ummi dah dua kali demam bila nak dapatkan injection.Terpaksalah postponed kan..Masuk ni dah dua kali postponed..Tapi apa nak buat.Kesihatan adalah yang paling utama.Takkanlah anak demam,nak bagi injection pulak kan.Lagi satu dekat mulut Naura ada kulat susu sikit..Jumpa doktor ,dia kata tak teruk sangat..Lega hati ummi..Kakak awfiyah pun pernah kena kulat susu tu 

Syukur demamnya tak lama..Mungkin demam nak beralih bulan je tu.Tapi sebagai ibu,kita tetap akan rasa tak sedap hati bila anak dah demam ni.Mulalah malam payah nak tidur,asyik sekejapan tengok keadaan dia..Check jugak samada badan semakin panas atau tidak.Biasalah bayi ni kalau dah panas takut kena sawan je..

Part tu yang paling merisaukan ummi..Alhamdulillah..kakak dia sihat walafiat sehingga sekarang.


Walaupun demam,tapi still ok lagi masa kat klinik.Tak banyak meragam
Waktu ni kakak tak ikut.kat rumah je..Kesian pulak kalau nak bawak dia,dengan bersesak-sesak orang kat klinik tu,tak selesa pulak.


Nampaknya bulan depanlah baru ambil injection DTAP2.Harap-harap tak demam lagi lah masa tu.



Happy Monthsary sayangness!!! Moga menjadi anak yang solehah..


Post a Comment

  1. Sekali tunda sampai sebulan ye Eda
    Tak boleh ke kalau dah sihat pergi injek.
    Sebab budak ada yg jenis bila tukar bulan org tua katalah ada demam sikit
    Kesian pulak kalau asyik tertunda.. Cepat sembuh ye sayang - masih boleh senyum lagi tu:)

    ReplyDelete
  2. Makin comel baby naura..haah btl,tu sis sebaiknya tunggu ank da sihat baru
    Blh d injection

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dmm kejap je ya dia...
    geram tgk dia.

    ReplyDelete
  4. omeynya naura
    sedap nama tu

    ReplyDelete
  5. Kena hati-hati kalau demam.. sekejap je dah besar.. ;)

    ReplyDelete
  6. Budak budak mmg selalu deman KD.....biasalah tu.
    Tulah kan pening jugak tu , asyik tertunda je schedule injection dia.

    ReplyDelete
  7. Salam sis..

    Comelnye baby.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Smg lps ni xdemam2 dah.. Hihi..

    ReplyDelete
  8. alahai syg...
    anak-anak semua da abis da cucuk-cucuk ni semua.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya leh tulis perkmbangan anak..hehehe tkde anak lagi.. ok la wat info nanti kalau dh ada anak . Prepare awall

    ReplyDelete
  10. Seronoknya leh tulis perkmbangan anak..hehehe tkde anak lagi.. ok la wat info nanti kalau dh ada anak . Prepare awall

    ReplyDelete
  11. demam nk kene cucuk tu.. baby Fiza pun kalau dgr nk kene g klinik, npk pucat muka.. budak2 skrg dah pandai dan cpt faham..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top