14
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Esok bakal menemui tahun yang baru dengan semangat yang baru insya allah.Ramai dah blogger update tentang entry terakhir untuk tahun 2015.

Bila bercerita pasal hujung tahun ni ,ramai gamaknya mempunyai status bercuti,shopping untuk keperluan anak sekolah,hantar anak sekolah,dan macam-macam lagi lah..Yang penting keseronokkan dalam menyampaikan cerita setiap satu tu mesti ada..
Aku?? emm..belum ada lagi pengalaman menghantar anak ke sekolah.Apa taknya,anak-anak baru umur setahun lebih dan sorang lagi baru 6 bulan.Cuma azam untuk mendapatkan cahaya mata sendiri tu,dikabulkan oleh Allah swt.Bersyukur tak terhingga kerana dikurniakan zuriat sendiri.Syukur kerana kehadiran puteri sulung itu banyak hikmahnya.Itu tak perlu aku ceritakan.Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kehidupan aku,mesti faham apa yang aku maksudkan.

Untuk Tahun 2016 pulak macam mana pulak??Tambah anak?? itu belum aku fikir lagi memandangkan tahun ni baru lepas Czer kan.Kurang-kurang pun dua tahun.Mungkin akan lebih dijarakkan selepas ni.Azam tahun depan kononnya nak berniaga..Tapi KIV dulu sebab nak meniaga ni memerlukan modal.Takat jadi dropship macam sekarang ni kira oklah tu kan.

Seperkara lagi...Banyak aku terima whatssap tentang ekonomi kita tahun depan akan lebih teruk lagi.Semuanya meningkat..Subhanallah...Itu aku malas nak fikir..bukan apa,kalau difikirkan pun buat sakit kepala je.Kalau kita bersuara  pun,ada ke orang nak dengar.Cuma aku mengikuti perkembangan je,bebel tu tetap bebel la...tapi orang tak dengar...hehehe.Lantakkan je lah kan.

happy new year 2016
sumber:google

Bagi aku,biarlah tahun 2016 kita sambut dengan seikhlas hati.Tamo ada yang takut untuk melangkah.Walau apa pun yang berlaku,selagi kita hidup ni,kita perlu hadapi.Lebih banyak berdoa untuk dapat yang lebih baik disamping usaha yang lebih.Kan TMP suruh buat satu kerja dalam satu hari...hahaha

Moga aku akan terus menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab,pekerja yang bertanggungjawab,isteri,menantu dan anak yang bertanggungjawab dan baik...hehehe..kita memang baik pun...bhaha

Post a Comment

  1. Selamat tahun baru 2016 kak ida.. semoga terus success di tahun baru ini..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2016 SR..
    Semoga terus suksess ;)

    ReplyDelete
  3. Dalam pada semua meningkat naik hari ini harga petrol turun sikit Eda. Kakak pagi ini baru tahu bila isi tank. Moga 2016 memberi lebih kebaikan buat kita semua.

    Mana tahun 2016 dpt menemukan kakak dgn dua puteri comel Eda tu:)

    ReplyDelete
  4. Salam 2016 buat Aida sekeluarga. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan... aamiin.
    Salam ukhwah... lama saya tak berblogging ni hihii.. :) :)

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan utk tahun 2016 ni :)

    ReplyDelete
  6. aminn all the best tau.. alah meniaga dropship tuh ok ape... bagus tau

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2016 kak semoga dipermudahkan segala urusan 2016

    ReplyDelete
  8. Happy New Year 2016 sis.. new life new chapter!!!

    ReplyDelete
  9. Salam singgah petang sis....Selamat tahun baru 2016 sis...

    ReplyDelete
  10. salam thn baru dari aida ye :)
    pe pun jadik thn ni, idup kena diteruskan.
    just kena berhati-hati berbelanja.
    memang taraf idup akan meningkat, confirm!

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top