9
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Tertunai sudah hajat nak bawak anak-anak jalan.Walaupun Naura masih kecil dan tak dapat merasai nikmat percutian,tapi kakaknya dapat lah jugak kan.Suka sangat Nur awfiyah bila dapat mandi manda di sana.

Percutian singkat ni sebenarnya dah lama di rancang.Tapi belum ada kata putus,Bila tetiba husband bagitau yang dia da lama beli vaucher untuk percutian 2 Hari 1 Malam di Gambang Waterpark.maka keputusan untuk ke sana di buat pada 7 disember hari tu.Kalau ikutkan boleh je lepak rumah abang ipar di Kuantan tu.Ala...tak jauh mana pun..Takat perjalanan cuma mengambil masa 10-15 minit je dari rumah.Tapi disebabkan nak merasai kenikmatan percutian tidur hotel la best kan.

Actually,percutian singkat tu memang tak puas kalau ikutkan,tapi disebabkan percutian tu akan ada menyinggahnya di satu tempat masa kami ondway balik ke johor bahru.

Check in di Carribbean pada 8 December pukul 3 petang.Tapi pagi tu kitorang dah pi waterpark.Sampai je kat Waterpark,tengok air,awfiyah dah sibuk nak pergi ke kolam tu..Tak menyempat nak letak barang,dia dah mengaruk sangat..heheh..
Nak taknak,makcik dia dah bawa berendam..Belikan dia pelampung kecil..So tak risau sangat.Tu pun tak lama sangat dia duduk dalam pelampung tu.Nak lepas je..Ummi dok risau takut dia lemas je.
Ni masa mandi kolam di hotel..pagi sebelum check out petang tu.Sempat lagi sedas main air
Pun taknak orang pegang dia..isk...risau ummi

Actually husband memang dah lama booking Family suite di Carribean untuk 2 hari 1 malam..Meh aku share sedikit suasana bilik yang luas..Boleh masuk lagi orang kat sini..Bawak je toto..so boleh masuk lagi satu family.Di percutian kami masa tu,family abang ipar pun join sekali.Cuma diorang booking bilik Studio suit je..Tak pulak aku amik gambar salam bilik tu.

Ok,dalam Family suit,ada dua bilik tidur,dua bilik air..Memang luas..puas hati la..



Bilik utama yang menghadap suasana luar

Bebudak dengan bapak budak dok landing kepenatan dah tu..

Ruang tamu untuk family suite

Mesti ke kena snap kat bilik air..ini je yang sempat aku snap.Nak berehat sebab malam tu ada aktiviti lain pulak

Tak banyak gambar yang aku snap sepanjang percutian aku ni.Sibuk dengan anak dan aktiviti kami.So xbanyak masa nak pegang handphone.


Malam tu aku just keluar makan di kawasan berdekatan dengan family.Nasib baik anak-anak tak meragam.Ingatkan adik aku nak pi safari night.Disebabkan nak tutup dah safari night tu,so decide pergi keluar makan awal..Yang penting dah takde aktiviti yang menarik di situ.

Balik makan malam,masing-masing terus tidur kepenatan..Awfiyah pun sampai tak terjaga nak menyusu..Jadi ummi boleh tidur dengan aman.

Esok pagi dah bawak awfiyah mandi kolam.Tengahari kitorang dah checkout.Lepak rumah abang ipar dulu,lepas makan tengahari terus gerak gi rumah adik aku kat rompin pulak.Esoknya baru balik JB.Tapi sebelum tu sempat la aku jumpa mak yang pada masa tu ada kat Kota tinggi.Hah!! yang tu nanti aku cerita kat next entry ye..

Itu sahaja cerita pasal percutian singkat di Gambang Waterpark.Kiranya inilah kali kedua aku ke gambang.Masa pertama kali pergi aku tak stay sana pun...





Post a Comment

  1. Wah,..bestnya bercuti..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. wahhhh it seems exciting :) lets follow my blog http://akuadakisah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. bestnye dapat pergi bercuti..bilik pon cantek..selesa.

    ReplyDelete
  4. seronok gi bercuti..release tension

    ReplyDelete
  5. singkat pon takpe kak..yang penting dapat bersama ngan family tersayang..
    nak ikut memang ler tak puas..

    ReplyDelete
  6. aida da gi gambang 2 kali :)
    menarik sgt.
    water park nyer pada aida marbeles.
    in shaa Allah akan ulang balik sebab masa aida gi tu apartment sebelah sini lom siap.

    ReplyDelete
  7. seronok cuti cuti macam ni..dapat main air berendam lama lama..memang seronoklah fiyah

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top