7
Assalamualaikum

Cerita pagi tadi sebenarnya ..Baru dapat update petang-petang gini.Sementara tunggu nak balik ni,sempat la updat eentry untuk hari ni..Super duper Busy hari ni.Sebagai Orang dapur ni,kita tak boleh lari dari kekadang terkena benda panas seperti terkena periuk atau kuali atau minyak panas.

Bila dah terkena tu,maunya pedih,dah terus takde mood pulak nak memasak kan.Begitulah yang terjadi pada aku pagi tadi,huwa...Nangis kejap sebab pedih sangat terkena tepi kuali tu.Macam terkena apa pulak kan sampai nangis bagai..But seriusly memang pedih kot.Ingatkan nak rasa masakan yang ada dalam kuali tu,Sudahnya  terkena pulak tepi kuali di bahagian tangan aku ni..Bagitahu kat husband pasal ni,terus suruh letak kicap.

Kalau nak tau ada pelbagai jenis petua untuk merawat terkena benda panas ni.Aku ambil yang mudah jelah ye.Mana tau berguna untuk aku dan jugak korang kat luar sana kan.Yang penting kita kena ikhtiar supaya ianya tidak melarat..Aku ambil petua ni dari sini untuk kongsi bersama

1.Sapu bahagian kulit yang terkena tu dengan sedikit lendir daun lidah buaya/aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2.Oleskan Kapur sirihpada bahagian yang melecur dan biarkan sehingga kering.Setelah kering,oleskan lagi .Anda akan rasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3.Tepek kopi serta merta pada bahagian yang melecur.Anda akan rasa pedih seketika,Selepas anggaran 10 minit,tanggalkan.Anada akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4.Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata.Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5.Pecahkan sebiji telur dan kacau.Sapukan teluir pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas.Apabila kering,sapukan lagi.

6.Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi.Lakukan sehingga rasa sakit hilang.

7.Sapukan ubat gigi,Kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan.Biakran hingga kering.Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

p/s. Aku buat yang no 7 tu je..Yang paling senang dan cepat.Harap petua ni jugak boleh membantu korang di saat-saat kecemasan..Insya allah...Tapi kalau dah teruk sangat,silalah ke hospital atau klinik yang berdekatan.







Post a Comment

  1. Memang pedih kalau terkena benda panas ni. Saya pun pernah terkena atas oven sebab nak keluarkan kek. Tapi biarkan saja sebab tak tahu nak buat apa. Lain kali tahulah..

    ReplyDelete
  2. selalu mak sy letak minyak hitam yg minyak motor tu, kena benda yg akan bawa kepada melecur dia terus suruh sapu minyak hitam yg belum digunakan lah..

    ReplyDelete
  3. Haah yg no 7 tu kerap lya buat..da kelam kabut bnda tu jer tefikir spontan

    ReplyDelete
  4. Haritu baru terkena minyak panas. Tapi takde la pedih sangat, cuma tinggal parut je. Nasib baik kena kat tempat boleh sorok

    ReplyDelete
  5. sama la kita.
    buh kan colgate aje.

    ReplyDelete
  6. biasa memang letak colgate je. itu je yang mudah dapat ;)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top