6
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Dah pun berada di genggaman..Sebenarnya shampoo ni dah lama dah dapat kat aku..Baru ni nak update..Baru balik dari bercuti..Mood untuk mengarang entry pun masih kurang.Kerja pun banyak lagi nak settlekan.Actually Shampoo Dove Volume & Nourishment ni aku dapat melalui giveway dari yaya natsumi..Ni..cer korang jeling-jeling kat link ni Yaya Giveaway

Mula terfikir masa dapat parcel ni sebab Besau Ko!!

Shampoo Dove Volume & Nourishment

Ok..Meh aku cerita sedikit tentang Shampoo Dove Volume & Nourishment yang baru aku terima ni.
Dove Volume  & Nourishment  dirumus dengan Teknologi Oxyfusion dan dicipta khusus untuk menjadikan rambut lebih kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat.Penyelesaian bagi rambut yang nipis..

Shampoo Dove Volume & Nourishment


Di Dalam box ni mengandungi 

Shampoo Dove Volume & Nourishment
Shampoo
Conditioner
Towel yang cantik tu!!


Ehem..sempat la kan berselfie dulu dengan hadiah yang dimenangi tu



So far memang aku suka bau dove ni..Tapi dove yang baru ni bau dia lain sikit la,tak sama dengan bauan Shampoo Dove yang lama tu..Tapi bau tetap wangi..heheh

Jimat la nak beli shampoo selama dua bulan ni..Bagi aku penting jugak mencari shampoo yang sesuai dengan rambut kita.Bukan main boleh beli je..Lagi satu kenalah try and error kan.Nak lagi jenis yang bertudung.Tak semua shampoo sesuai.Satu tips dari aku,Kalau  nak mencuba sesuatu,aku akan pastikan beli yang bersaiz kecil dahulu.Kalau ok,barulah beli yang besar terus.Lagipun rugi pulak kan kalau terus beli yang besar,lepas tu tak sesuai dengan kita.

So far Dove Volume & Nourishment  boleh dikatakan sesuai dengan aku.





Post a Comment

  1. tahniah ye . tumpang gembira :)

    ReplyDelete
  2. Taniah murah rezki sis..lya guna sunsilk

    ReplyDelete
  3. wow tahniah :)
    skang aida pakai shampoo safi yg baru tu.
    utk wanita bertudung. baru lg try. ok la...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..rezeki..bestnya dapat 1 set gitu

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top