01/01/2015 - 02/01/2015 - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Thursday, January 29, 2015

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Thursday, January 29, 2015 26
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Sihat sehingga ke hari ini,walaupun mual setiap pagi tu tetap ada.Baby dalam perut ummi dah menjangkau 18 minggu..Syukran.Cuma belum lagi merasai gerakkan baby kat dalam perut ni.

Sejak mengandung ni,selalu nak tahu perkembangan setiap bulan baby dalam perut..Teruja seorang ibu kan..Semua merasainya.

Perkembangan Bayi dalam kandungan,walaupun dah ramai tahu dan dah ramai yang mengGoogle tentang perkembangan tu,tapi aku saja nak share di blog ni.

sumber:google

Perkembangan bayi dalam kandungan 
Minggu Pertama
Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda  sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and  lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu Ke-38
Ibu tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

sumber :sini


Time macam ni,mata memang sangat-sangat mengantuk..Puas dah jalan-jalan,tapi tetap juga mengantuk.Dapat lelapkan mata sekejap pun jadilah kan...



Read More

Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday :STRENGTH

Thursday, January 22, 2015

Sannah Helwa My beloved Husband

Thursday, January 22, 2015 15
Assalamualaikum

Hari ni genap my husband tu 3+ hehehe...tak boleh nak letak nombor kat belakang tu..Kang kena marah..
Gambar?? ooppssss...Lagi tak boleh...hhehehehe

Apa pun,selamat hari jadi untuk en.husband.Moga bertambahnya umur,bertambah juga rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.Semoga Allah memanjangkan umur,menarik pergi segala masalah,memudahkan segala urusan,melapangkan segala kekusutan dan menerima segala amalan mu.Moga Allah merahmati setiap pekerjaanmu.Insha allah.


Entry pendek khas untuk DIA..








Read More

Wednesday, January 21, 2015

VItamin C Untuk Ibu mengandung

Wednesday, January 21, 2015 23
Assalamualaikum

image:google

Sudah pastinya aku nak mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh di ambil sepanjang kehamilan ni.Nak pulak keadaaan kesihatan yang senantiasa berubah-ubah ni.

Selain dari pengambilan ubat-ubatan yang diberikan dan dibekalkan oleh doktor,kekadang kita tak tau apa lagi supplement yang boleh diambil selain ubat yang diberikan.

Setiap kali check up mesti bawa balik ubat-ubatan seperti Vitamin B-Complex,Vitamin C, ASid Folic dan kalsium.

Kadang-kadang terskip juga pengambilan ubat-ubatan tu.Lagi pulak,aku tak boleh nak makan ubat-ubatan tu waktu siang.Entah la..kalau makan tu,rasa nak muntah pulak..Aku cuma makan sebelum tidur je.

Boleh ke kita ambil Vitamin C yang dijual di luar sana ye.Seperti Shaklee,Vitamin C pharmacy ,atau Vitamin c Placenta tu.Bukan apa,sejak mengandung ni,rasa kulit kusam  dan tak bermaya je.Pakai ler sabun apa,tetap rasa muka ni kusam...

Sebelum aku membeli sebarang vitamin c,banyak dah aku google tentang tu.Risau jugak kan,kalau sembarangan ambil,nanti memudaratkan kandungan.


Vitamin C ni adalah salah satu vitamin yang ibu mengandung tak boleh nak skip pengambilannya.Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh,sebab tu kita perlukan supplement untuk membantu.


Selain dari tu,Beberapa kepentingan Vitamin C untuk ibu mengandung.Antaranya adalah :-

1. Pembentukan kolagen
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan,  otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk.
2. Perkuat sistem imun
Ascorbic Acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. Kalau ibu mengandung rasa tak sihat, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release, patah dua dan telan bersama air masak.
Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk larut dalam tubuh
3. Perkembangan Otak
Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.
Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan.
4. Mengelak Pecah Ketuban
Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang,  amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi.
Sumber:sini








Read More

Tuesday, January 20, 2015

Sepetang Di Tasik Layang layang

Tuesday, January 20, 2015 15
Assalamualaikum

Dah menjadi kebiasaan dengan panggilan "Tasik Layang-layang" atau di kenali dengan Tasik Pasir gudang.
Dan lebih best lagi,anak saudara aku menggelarkan Taman Tingkat.hehehe...korang fikir sendirilah kenapa tasik tu digelarkan seperti itu.


Sabtu Lepas,bila mak dan adik datang ke pasir gudang,aku buat cadangan supaya bawa anak-anak ke Tasik..At least ada aktiviti diorang petang tu.Datang jauh-jauh,Takkanlah nak perap je kan kat rumah.

Selepas Asar,kami-kami menuju ke sana.Hanya bawa bekalan tikar,air dan makanan ringan sahaja.Musim macam ni,memang best kalau dapat naikkan layang-layang.Tapi takdelah main layang-layang sangat.Tak sempat nak naikkan layang-layang,anak dah kelam kelibut lari entah ke mana.Hanya memerhati mereka dari jauh sahaja.Tak risau sangt nak lepaskan anak-anak kat sini..Cuma nak kena pantau mereka jelah..takat jatuh tu,biasa je..

Sebahagian Ahli keluarga aku yang ada petang tu.

Nur awfiyah hanya kelihatan ketulan kaki je..isk..mana pi badan ..Dia tengah sibuk dok tengok orang main layang-layang.abaikan mulut yang tengah simpan makanan tu ye.Masa ni anak-anak dok sibuk main sabun buih tu..so tak banyak gambar yang diambil...

Hanya santai-santai melayan anak-anak petang tu.Memang tak lama pun kami disitu.Sebelum pukul 7 dah bergerak balik,

Hari minggu hanya di rumah melayan Nur awfiyah tu.Sekarang ni memang pantang orang makan,mesti mulut dia nak menganga dulu...isk..makin debab la nampaknya anak ummi sorang ni.

Belanja gambar Nur awfiyah satu...Biar dia tengok betapa montelnya dia masa kecil...hehehe




Read More

Saturday, January 17, 2015

Stretchmark Ketika Hamil

Saturday, January 17, 2015 16
Assalamualaikum




Uihhh....rasa kegatalan seluruh perut..Rasa nak garu je..Memang best kan garu sampai tak ingat dunia ni.Lepas tu,mulalah menyesal bila dah nampak perubahan yang tak sedap untuk dilihat di kulit ketika mengandung ni.

Pada ibu ibu yang pernah mengandung,pasti akan mengalami perubahan ataupun gatal-gatal pada perut kan?Perkara itu juga sedang berlaku pada aku.Bila baby makin membesar ni,makanya,perut pun akan membesar jugak.Dan masa tulah perut kita ni akan mengembang elok je.Walaupun kegatalan tu tak seteruk mana,tapi kalau dah digaru tu,memang lah kulit nampak...eiwwww...Rekahan ni akan terjadi apabila perut semakin membesar.

Korang mesti tau apa itu stretchmark kan..
Stretchmark ni berlaku disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan,yang mana ianya terbentuk apabila terjadi reganga kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.


Kadang kadang kita tak tau kan macam mana agaknya nak mengurangkan stretch mark semasa kita mengandung ni.Sebelum tu,siap sedia cari petua bagai untuk kemudian hari..So aku sharekan dalam blog ni untuk diri sendiri dan mereka yang ingin mengetahui tentang ni.

Memang wanita yang mengandung tidak boleh lari dari keadaan ni,Sebaliknya boleh diatasi menggunakan tips dibawah untuk mengurangkan tanda stretchmark ni

  1. Perlu mengambil makanan sihat untuk melembabkan kulit.Ambil vitamin prenatal dan makan makanan berkhasiat dengan jumlah kalori yang betul serta mengandungi kalsium,protein,buah -buahan dan sayur sayuran
  2. Perlu minum 8 gelas air masak atau lebih bagi menjaga kelembapan kulit.
  3. Memastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amount yang disyorkan oleh doktor
  4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch mark dengan pemakaian losyen atau minyak coco butter atau sebagainya.
  5. Pengambilan diet yang tinggi protein.Protein biasanya akan merangsang komposisi kolagen kulit dan seterusnya mengurangkan kesan stretch mark yang ada.

So,tak ler risau sangat kalau itu yang akan berlaku pada perut aku nanti..Bila dah bersalin nanti pun boleh dihilangkan stretch mark tu dengan amalan dibawah ni

  • Amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap tiap malam sebelum tidur.
  • Boleh juga guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih.Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut,kemudian balut dengan barut.Lakukan setiap kali selepas mandi.
  • Ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi.Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati.Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
  • Selain itu jugak ibu ibu boleh rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur ,Ambil asam gelugur hancur tadi,pupukkan ke perut kemudian di balut dan amalkan selama 44 hari.





Sumber :SINI
Read More

Thursday, January 15, 2015

Happy 9 monthsary Nur Awfiyah

Thursday, January 15, 2015 28
Assalamualaikum


ihsan dari google

Alhamdulillah...Anak ummi membesar dengan sihat dan cergas...Makin lama makin banyak keletah yang buat ummi dan babah makin tak senang duduk.

Alhamdulillah..Hari ni genap Nur awfiyah 9 bulan...Dah makin membesar anak ummi dan babah ni.Lama jugak ummi tak update pasal Nur awfiyah.Sejak sejak Nur awfiyah bakal dapat adik ni,memang mood ummi ke laut.Dulu rajin jugak upload gambar dia kat facebook..La ni memang jarang sangat sangat.

Alhamdulillah...Walaupun lambat proses pembesaran seperti orang lain,ummi tetap bersyukur bila melihat Nur awfiyah sentiasa sihat.Walaupun,anak anak lain yang sebaya nur awfiyah dah pun pandai merangkak dan tumbuh gigi,tapi tak pelah..asalkan dia sentiasa sihat dan ada jugak perkembangan pembesaran walaupun lambat.Ummi dan babah sentiasa bersyukur.


Hari ni,kamu dah pun menginjak ke 9 bulan,rasa tak sabar pulak ummi nak tunggu kamu setahun.Terima kasih kerana memberikan ummi dan babah kasih sayang yang tak terhingga.Kamulah penawar hati ummi dan babah..Ummi dan babah sayang kamu ketat-ketat...





Read More

Wednesday, January 14, 2015

Segalanya Ku Terima

Wednesday, January 14, 2015 26
Assalamualaikum

Selamat pagi semua..Ini bukan tajuk drama.Cuma luahan perasaaan yang ingin aku abadikan dalam blog kesayangan ni..On Off je entry kat blog ni kan..Yang korang sedia maklum,memang sebenarnya tak de hati nak berblog untuk beberapa bulan ni.Tapi kekadang blog diperlukan juga untuk meluahkan isi hati ni.

Nak luahkan apa? Tak lari dari kisah pregnancy yang kedua ni.Kekadang rasa cukup berat nak tanggung,tapi sebagai manusia dan umatnya,aku perlu redha dengan ketentuannya.

Hari Isnin yang lepas,aku berjumpa dengan doktor pakar berkenaan dengan kes jantung dan pregnancy.Memang kalau ikut doktor pakar,dia marah aku sebab tak buat follow up lepas beberapa tahun aku operation jantung.Last aku buat follow up kat Hospital adalah pada tahun 2004.Lepas tu,aku dah termissed satu appointment dan terus aku biarkan tanpa buat rawatan susulan.

Tu yang Doktor pakar marah sangat tu,Lagipun dia kata,aku kena berbincang dulu dengan doktor samada aku boleh mengandung atau pun tidak.Nak taknak aku tadahkan telinga je dengar doktor membebel.Memang silap aku sebab abaikan kesihatan aku sendiri.

Risau kalau kandungan aku terpaksa di gugurkan atas sebab kesihatan aku ni.Tapi alhamdulillah,doktor sentiasa memantau tahap kesihatan aku.Rasanya tiap tiap minggu aku akan menjadi tetamu di klinik dan Hospital.Bila doktor kata,mereka akan lihat kandungan aku bila masuk 2nd trimester macam mana,samada aku boleh carry on atau tidak.Dalam pada doktor bagitau aku pasal tu,mulalah bergenang air mata ni,risau apa akan berlaku nanti.

Segalanya ku terima.Jika itu dah ketentuannya,aku redha je.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Moga aku dan baby terus kuat supaya kami boleh sama sama survive kan.

Doakan aku dan baby selamat.Walaupun doktor terpaksa keluarkan baby awal,aku tak kisah,janji dia sihat dan aku juga.Aku hanya berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat aku untuk meneruskan kandungan ni,diberikan kesihatan yang baik dan terus berusaha untuk menjadi ibu yang baik kepada Nur awfiyah.

Bercerita tentang Nur awfiyah,ummi dia jarang banyak masa dengan dia sekarang.Kalau kat rumah pun dengan babah atau maklong dia .ummi tak kuat nak melayan dia yang semakin aktif sekarang ni.Esok genap dia 9 bulan.alhamdulillah,dia membesar dengan sihat...syukran
Read More

Saturday, January 10, 2015

Bual Kosong di Pagi sabtu

Saturday, January 10, 2015 19
Assalamualaikum

Selamat pagi sabtu..Selamat berhujung minggu buat korang.Alhamdulillah,batuk dan selsema berkurangan sedikit.Tapi masih belum pulih sepenuhnya.

Walaupun dah pelbagai cara tradisional yang dilakukan untuk menghilangkan batuk dan selsema ni,tapi masih lagi belum pulih.Sampai aku redha je dengan apa yang aku dapat ni.Mungkin pembawakkan baby membuatkan aku jadi macam ni..Insya allah..akan terus bertahan demi baby.


Masih diberikan semangat untuk bekerja hari ni,Tinggalkan nur awfiyah dengan babah dia.Sejak nenek awfiyah dah balik ke rumah,awfiyah dah tak dihantar ke rumah baby sitter.
Lama jugak kan tak up cerita nur awfiyah tu.Kes ummi dia yang tak berminat dengan social media akhir akhir ni yang menyebabkan takde cerita tentang dia.Kesian anak ummi...Bulan ni dah menginjak ke 9 bulan.Walaupun progress pembesaran nur awfiyah lambat dari rakan sebaya yang lain,ummi tetap bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik.Alhamdulillah..syukur.Cuma lately ni lebih manja dengan ummi dia..Pantang ummi dia bergerak ke mana,mulalah mata melilau mencari.

Rasa tak sabar nak balik je hari ni.Nasib baik halfday bekerja.Jadi taklah terasa sangat.


Alhamdulillah..Takat ni,berupaya untuk berblogwalking ke blog rakan rakan blogger yang lain..Nak improve kan sedikit ranking alexa yang jatuh menrundum sebulan dua ni.isk..sangat teruk..Tak terkejar rasanya.
Berhutang 2 review lagi.Tu pun tak taulah bila nak disettlekan..


Read More

Friday, January 09, 2015

Salam Jumaat Semua

Friday, January 09, 2015 15
Assalamualaikum

Sumber:google

Alhamdulillah...Bertemu jumaat lagi di Tahun baru ni.Sedar tak sedar dah masuk tahun baru..Tahun yang diharapkan memberi seribu kemanisan dalam kehidupan..Insha allah.

Segala suka dan duka di tahun 2014 akan ditutup rapat serapatnya,memberi ruang untuk tahun baru ini memulakan kehidupan yang baru.

Walaupun menyambut kedatangan tahun baru dengan keadaan yang masih tidak sihat lagi ni,aku gagahkan juga,supaya tidak terus lemah.Demam,batuk dan selsema masih lagi menjadi peneman utama setiap hari.Walaupun demam dah mula kebah,tapi batuk dan selsema masih menghantui.

Setiap hari berdoa moga terus diberikan kekuatan untuk bekerja,supaya tidak terus lesu dek berbadan dua.Memang diakui,sejak pregnant ni,MC dah selalu sangat.Dalam seminggu tu,rasanya 2 hari sahja bekerja.

Itu belum lagi setiap minggu ke klinik.Isnin minggu depan pun dah kena bertapa kat hospital pepagi buta.Moga Allah terus memberikan aku kekuatan demi anak anak dan suami.

Hari isnin nanti ,akan berjumpa dengan doktor Pakar di Hospital Sultanah Aminah.Nak membincangkan samada boleh atau tidak kandungan aku sampai cukup pada waktunya ataupun sebaliknya..Pelbagai perkara yang aku fikirkan...Harap Allah swt permudahkan urusan ku nanti..




Read More

Wednesday, January 07, 2015

Entry Pertama Di Tahun Baru 2015

Wednesday, January 07, 2015 22
                                                                        Assalamualaikum


Dah pun masuk tahun baru..Blogger lain dah berpuluh entry masuk tahun baru ni..Aku baru 1st entry di tahun baru...Rasa belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 kat korang.

Suka duka di Tahun 2014 akan aku semat sebaiknya di dalam peti simpanan..heheeee..

Di awal pregnancy memang tak boleh nak buat apa pun...Aku cuba gigihkan perasaan untuk kuatkan diri dari segi mental dan fizikal..Tapi Pembawakkan tu,menyebabkan aku tak boleh nak jadi seperti dulu..Harapnya taklah berpanjangan.

Banyak kerja kerja blog yang tergendala.Tapi nak buat macam mana..memang tak boleh nak tengok skrin komputer ni...Segala media sosial aku jarang ,bahkan takde langsung..

Mood berblogging memang tak boleh dinafikan,ke laut seberang dah..Nak putar balik pun nak makan masa jugak.


Tapi demi kebaikkan baby ni,aku restkan segala aktiviti di media sosial..Harap takdelah orang lupakan blog ni..Alhamdulillah...walaupun dah lama tak menjengah blog,ada juga rakan blogger yang sudi menyinggah...Thanks korang..

Doakan aku dan baby selamat sehingga dilahirkan ye..Insya allah..akan berblogging bila kesihatan pulih seperti biasa..
Read More

Post Top Ad