5
Assalamualaikum

Isnin pula..Kalau cerita pasal barangan yang dipakai semula oleh adik ni,sebenarnya banyak.Tak semestinya gadget,tetapi jugak pakaian dan alatan mainan.

Kalau barang tu dijaga elok,insya allah,boleh di pakai oleh adik-beradik yang lain.Yang penting kena tau cara untuk menyimpan barang tu supaya sentiasa elok.

Kalau dulu kak awfiyah dapat semua barang baru,tetapi tidak adik,ada sesetengahnya diguna semula.
Contohnya stroller dan walker.Barang tu aku simpan dalam plastik sampah yang besar boleh menutup kesemua bahagian.kira bungkus semua lah kan.Lepas tu aku simpan bawah katil.hehehe...
Sebelum tu,haruslah aku bersihkan part-part stroller dan walker tu.Walaupun masa lahir tu,ada present stroller untuk Naura,tetapi aku lebih suka menggunakan stroller kakak dia.Bukan apa,stroller yang baru tu,macam payah nak guna.Roda kelam kelibut,kekadang terpaksa betulkan dulu kedudukan roda baru boleh berjalan..huissshh..leceh sungguh!

Satu lagi Walker,sekarang ni Naura dah boleh duduk dalam Walker.Walaupun tak lama dia bertahan dalam tu,at least sempat jugaklah ummi memasak dan letakkan dia dalam tu.Nak letak lama-lama memang dia taknak.Naura ni tak boleh tinggal sorang-sorang,Dia tak suka,Kalau lama sangat mau dia meraung..uisshh..macam kena sebat pulak ummi dengar dia menangis.


Antara barangan yang digunapakai oleh adik selain baju..

Rasanya tak perlu kot nak membazir untuk beli sorang satu kan.Cukuplah satu..Bukan pakai lama pun.Nanti bila dah boleh berjalan,mesti dah taknak masuk dalam stroller ni.Tapi awfiyah sampai sekarang ni,kalau berjalan,dah penat ,mesti nak duduk dengan adik dalam tu.hahaha..sumbat je dua orang dalam tu.kakak depan,adik belakang..

Cuma walker tu dah nak kena tukar kain,sebab kakak agak lasak dulu,jadi plastik bawah walker tu dah koyak.




Post a Comment

  1. Setuju.....nak buat apa membazir, sayang! Selagi ada dan boleh guna, pakai je.....

    Dlm hal ni kakak jugaklah yg untung semua pun benda baru

    ReplyDelete
  2. Setuju.....nak buat apa membazir, sayang! Selagi ada dan boleh guna, pakai je.....

    Dlm hal ni kakak jugaklah yg untung semua pun benda baru

    ReplyDelete
  3. Klau cermat turun temurun blg guna kn...x elok mmbazir brg yg msh blh guna kn

    ReplyDelete
  4. Mana boleh kongsi...kongsi...jimat sebenarnya...duit yang ada boleh di gunakan untuk keperluan lain atau jadikan tabungan..

    ReplyDelete
  5. Itulah yg sebaiknya kan... selagi boleh guna kenapa perlu membeli yg baru. Lebih baik pakai yg ada... :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top