10
Assalamualaikum

Itulah wanita kan.Sentiasa ingin mencuba.Haruslah mencuba,kalau tak,kita tak tau pulak samada produk itu berkesan dengan kita ke tak.

Baru-baru ni aku mencuba Olay Total Effects Day Cream Gentle.Masa singgah kat Guardian tu,tengah ada sales.So bila nampak sales,terus ambil dan baca apa yang menarik tentang Olay Total Effects Day Cream Gentle ni.So dengan rasa keyakinannya aku membayar.
Harga tak silap aku masa ada sales tu rm29.88..Itu harga sales kalau tak silap aku.
Olay Total Effects Day Cream Gentle Olay Total Effects Day Cream Gentle

Apa yang bestnya pada krim ini tidak melekit,berbau wangi dan teksturnya sangat-sangat lembut.Kulit muka aku yang kekadang kering dan berminyak tu,bila apply kat muka,memang rasa soft je kulit muka..
Nak cerita sikit...Dulu masa zaman anak dara,baru-baru kawen,memang jerawat timbul macam cendawan tumbuh.Muka dah berlopak akibat jerawat yang timbul tu.Muka pun berminyak macam dah boleh goreng telur weh..But,lepas bersalin ni,alhamdulillah..hormon dah bertukar.Kulit tak berminyak dan berjerawat.Bila period pun,jerawat tak muncul.Mungkin jerawat tu dah segan nak keluar...bha..haha

Oklah..terus pada cerita pasal Olay Total Effects Day Cream Gentle ni.Produk ini memang bebas minyak.Sudah diuji secara klinikal dan ianya tidak menyebabkan liang roma korang tersumbat.
Olay Total Effects Day Cream Gentle ada 7 kebaikkan untuk kulit muka kita antaranya :
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Melembapkan kulit yang kering.
  • Mengimbangi tona kulit muka yang tidak sekata dan mengurangkan bintik hitam
  • Melicinkan permukaan kulit dengan pengelupasan yang lembut
  • Mengecilkan pori-pori yang terbuka
  • Melindungi permukaan kulit daripada kerosakkan radikal bebas dengan antioksidan
  • Menguatkan kulit dengan penghidratan
Formula Olay total Effect Day Cream Gentle SPF15 ini direka untuk memberi manfaat dan menjadikan wajah sentiasa kelihatan muda dengan cara paling potimum.Kandungan Kompleks Vitaniacin dengan Vitamin E,B5 dan B3 mengelupas kulit secara lembut dan meningkatkan proses pertumbuhan kulit secara semulajadi dengan  lebih sihat disamping kandungan SPF15 yang melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB
Sumber aku petik dari blog sini


Lepas ni aku nak beli pulak pencuci muka,Olay total effect anti ageing+Fairness cream ,Olay total effects 7in1 pore minimizing cc cream SPF 15.


Beli satu-satu..nak beli semua budget tak mencukupi..hehehe..so,beli la setiap bulan satu..Oklah kan..Harap lama lah bertahan untuk pakai produk ni..Ke ada yang nak sponsor hehehe..

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang olay ni boleh terus ke fb Olay

Post a Comment

  1. tak pernah pakai brand olay untuk muka..cuma pernah pakai olay shower cream :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna Olay, brand ni sesuai untuk wanita yg bekerjaya rasanya :)

    ReplyDelete
  3. Lissa takpernah try pakai Olay.. huhu

    ReplyDelete
  4. kulit kami sesuai ngn sabun rm10 ja kak..alhmdulillah save bajet bulan2 haha

    ReplyDelete
  5. Akak ida...cik akak pernah guna olay nie...memang best tau kak...
    Cuma sekarang..cik akak nak try guna rania gold...hihi

    ReplyDelete
  6. Pernah guna product ni dulu.. dah lama, tak berapa sesuai.. muka akak jenis combination dan jadi lebih oily..

    ReplyDelete
  7. lepas ni makin cantiikkkk laaa diaaa :P

    ReplyDelete
  8. Lya pernh juga guna olay dulu2 tpi x thn mmblinya mhl hhi

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top