7
Assalamualaikum


Cerita hujung minggu hari tu,Saja nak bawak anak-anak pi jenjalan..Bukan jalan mana pun,dok ajak mandi pool je..Kalau kat rumah sibuk je nak mandi dalam besen.So,bila dah babah dan umi free ahad tu,ajak ler awfiyah pi mandi pool.

Lagipun hari minggu je dapat spend masa dengan awfiyah..Yelah sejak awfiyah dah duduk kat kampung ni,makin rajin la ummi dia balik kampung..Mana boleh weh hidup tanpa anak..Macam tak lengkap rasanya.

So,Disebabkan adik pun ada yang balik,pergilah kami 3 kereta.Jangan tanya tentang bayaran masuk berapa ye,sebab pool tu untuk mereka yang sewa hotel je tak silap aku..Aku masuk situ pun kebetulan ada saudara yang stay kat hotel tu..So berkongsilah kami pool tu jugak..Bukan kongsi bilik hotel..Dah jimat tak payah nak bayar untuk mandi pool..

Nak tengok pemandangan di Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

So far pemandangan di sini memang mengasyikkan..Kalau tidur bawah pokok confirm tak bangun-bangun...hahahaa..

tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

Korang perasan tak,si awfiyah tu kalau bergambar mesti trademark tangan kat pipi...

Sebelum tu dalam perancangan nak pi lotus,tetapi tulah kan,memandangkan ada saudara yang sedang stay kat hotel tu,apa kata kita meriahkan pool di sana je..Kiranya pool hari tu di konker oleh kami..hahaha...abaikan perkataan konker tu..korang faham sendiri la ye..

Cuti raya cina nanti ingat nak pi mandi kat kolam air panas jasin..insya allah..kalau jadi..

Kalau korang nak tau pasal hotel Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort ni boleh layari website mereka di sini

Post a Comment

  1. boleh tahan luas jugak pool..seronoknya berendam..
    ehh piyah nak jadik DSV ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha..zee..bila iklan DSV dia akan beri perhatian lebih...

      Delete
  2. besar pool dia, mesti seronok anak2 berendam

    ReplyDelete
  3. Jom kita jumpa kat Kolam Air Panas Jasin ye Siti..
    InshaAllah balik kg en suami juga cuti raya cina ni..
    Elok gi malam kot sebab siang hari panas.. terbako kita nanti hahaah

    ReplyDelete
  4. Kakak lalu depan dia aje adalah Eda sebab nak tidur sana macam tak perlu sebab rumah kakak akak pun tak jauh mana dari situ. Jadi memang tak pernah rasa facilities di situ
    Nampak best jugalah..

    ReplyDelete
  5. best gak sekali sekala dpt riadah mcm ni...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top