2
Assalamualaikum

Gembiranya melihat anak membesar dengan sihat kan..Sekarang ni Naura dah pun menjangkau umur 6 bulan..Maksudnya memang dah boleh makan.Tapi sebenarnya Naura umur 5 bulan dah makan..emmm..biasalah duduk dengan nenek seminggu tuari.nenek dah bagi nestum..Tapi nestum yang dicampurkan dengan susu..
Cara Membekukan Makanan Bayi
sumber:google

Tapi bila dah balik rumah umi,umi siapkan dia puri untuk diberikan pada Naura.Yelah..mak modern..banyak belajar dari internet tentang pemakanan bayi ni.Banyak jugak ummi menggoogle tentang tu.Tapi bila Naura dah dijaga oleh pengasuh..Umi perlulah cari inisiatif bagaimana nak menyediakan makanan untuk naura bila di rumah pengasuh.Nak menyediakan pagi-pagi untuk dia.Untuk memudahkan pengasuh untuk menyediakannya pula kepada Naura nanti.Pastinya ilmu yang banyak dibaca ,digunakan sebaik mungkin.So far,setakat ni,pepagi lagi dah buatkan untuk dia.Kalau tak sempat,Pengasuhlah yang sediakan..Nasib baik la dapat pengasuh yang tak kisah sangat..Syukran.

Bagaimana cara untuk kita membekukan makanan bayi supaya ianya tahan lama dan mudah untuk disediakan..Dari pembacaan aku disini,jadi aku share tentang bagaimana Cara Membekukan Makanan Bayi.Sama sahaja dengan pemyimpanan BM di peti sejuk.

1.   Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan.Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal,pir,pisang,sayur-sayuran pula seperti brokoli,kacang peas,kentang,labu dan sebagainya lagi.

2.  Sebaik makanan yang sudah dimasak itu sejuk,bekukan serta merta.

3.  Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

4.  Labelkan tarik pada makanan beku bayi.Walaupun makanan beku bayi boleh digunakan dalam tempoh dua bulan tetapi sebaiknya habiskan dalam tempoh sebulan sahaja.

5.  Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk(bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

6.  Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi  puri,pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

7.  Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku.Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak.Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.

8.  Jangan panaskan makanan lebih dari sekali

9.  keluarkan makanan beku daripada peti sejuk dingin beku beberapa jam sebelum hendak dicairkan.Kemudian panaskan ia dalam periuk atau ketuha gelombang mikro.



Nampaknya lepas ni,umi kena rajin lagi di dapur..uishh...penat memang penat,tetapi rasa berbaloi bila anak makan dari air tangan umi dia ni kan...





Post a Comment

  1. Lbh jimat n sihat buat mknan sndiri utk c ank kn

    ReplyDelete
  2. Sedia makanan sendiri mmg lebih puas dan rasa terjamin. Bagus sharing ni.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top