15
Assalamualaikum

emmm...mengeluh jap!! memang susah nak cari pengasuh kan..itulah yang berlaku pada aku sekarang ni.Bukan tiada ,cuma nak memilih pengasuh yang betul-betul boleh menjaga #NurNauraAuni minggu depan.Mungkin itu adalah satu masa yang singkat untuk aku memilih dengan betul.
Buat masa ni Naura dekat kampung,kakak  awfiyah memang duduk kampung dengan nenek.Terpaksalah dia berpisah dengan baby naura...sob..sob

Walaupun ada taska berdekatan dengan rumah,tapi aku tetap memilih untuk mencari pengasuh yang hanya suri rumah.Yelah..bukan apa,kat taska tu ramai budak dan bayi yang mereka jaga.Lagi satu kisah-kisah dan cerita yang aku dengar tu,kekadang menggerunkan aku je.Aku tau,tak semua taska macam tu kan..segelintir je.Tetapi segelentir tulah yang menakutkan aku.Kekadang taska tu tak salah,yang salah mungkin pekerja tu je..haissh..entahlah..

Aku ada terbaca di sebuah blog mengenali  ciri-ciri  pengasuh yang baik untuk anak anda.Meh aku kongsikan dengan korang apakah ciri-ciri untuk mengenali pengasuh yang baik

1.Pengasuh mengamalkan cara hidup islam yang syumul
Sebagai seorang pengasuh,tentu kita mahukan pengasuh anak seorang islam.Ini adalah amat penting kerana penampilan,perwatakan dan tingkah laki pengasuh sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak.Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara aurat dan akhlaknya.Dia bukan sahaja memakai tudung dan berpakaian sopan yang menutup aurat,tetapi dai juga berilmu.Pengasuh boleh membaca da-doa harian yang mudah ,membaca al-quran dan berzikir.

2.Pengasuh mengetahui penjagaan bayi dan kanak-kanak
Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting kepada seorang pengasuh.Bukan sahaja dia tahu menukar lampin dan membuat susu,malah dia juga tahu bagaimana menangani anak yang bergaduh atau mengendalikan anak yang menggigit.

3.Anak selesa dan suka kepada pengasuhnya
Ini mungkin mengambil masa yang lama untuk anak anda mesra dan selesa ketika berada bersama pengasuh.Mama perlu ingat,walau pengasuh yang terbaik sekalipun tidak dapat menggantikan tempat seorang mama.Selepas beberapa hari anak anda bersama pengasuhnya,anda mesti dapat mengesan adakah anak anda selesa dan mesra bersama pengasuh atau tidak.Jika anak masih tidak mahu kepada pengasuhnya,ini mungkin pengasuh tidak dapat memberikan kemesraan sewajarnya dan personaliti pengasuh yang tidak baik.

4.Pengasuh gembira apabila melihat anak anda.
Mama akan dapat lihat jika pengasuh benar-benar gembira menjaga dan mengasuh anak anda dan anak anda juga dapat merasakannya.Kasih sayang dan kemesraan akan terserlah ketika mereka bersama-sama.

5.Pengasuh akan membantu anda menyelesaikan sebarang masalah dan memberikan penjagaan yang sewajarnya kepada anak anda.
Jika anak anda susah untuk makan,pengasuh akan cuba menarik perhatian anak untuk makan seperti meletakkan permainan berhampirannya untuk menjadikan waktu makan anak lebih menarik.Jika anak anda tidak mahu tidur,pengasuh akan bertanya kepada anak anda nasihat tertentu.Bekerjasama dengan mama dan melakukan pelbagai usaha dalam mengasuh anak anda petanda bahawa pengasuh melakukan kerjanya dengan serius.

6.Pengasuh menghormati masa anda.
Pengasuh yang baik akan membuka pusat jagaan sebelum anda sampai atau memberitahu sebarang kemungkinan kepada anda seawal yang mungkin.Jika berlakunya tiada pengasuh pada satu-satu masa,pengganti akan dicari.

7.Pengasuh akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung.
Pengasuh yang bertanggungjawab akan memberitahu tentang sebarang perkembangan dan apa yang berlaku sepanjang hari sewaktu di dalam penjagaannya.Mungkin dengan hanya secebis nota yang diselitkan di beg anak,mama tentu rasa dihargai dan menghargai usaha pengasuh.

8.Anda anda bersih
Kebersihan petanda kepada pengasuh yang baik.Sebagaimana anda meninggalkan anak dalam keadaan yang bersih,begitu juga anda mengharapkan pengasuh akan menyerahkan kembali anak anda dalam keadaan yang bersih tanpa meninggalkan sebarang kekotoran pada anak.

9.Kemalangan jarang berlaku.
Sudah tentu kemalangan kecil seperti terjatuh atau bergaduh dengan kawan akan berlaku.Tetapi,pengasuh yang baik akan memastikan keselamatan anak anda adalah keutamannya.Pengasuh akan sentiasa mengawasi anak ketika bermain dan memastikan pagar sentiasa ditutup dan berkunci.

Hah!!macam tulah ciri-ciri yang aku kena fikirkan untuk mencari pengasuh.Sekarang ni aku adalah 2 orang yang tengah KIV..Belum jumpa je lagi..Tengoklah malam ni,nak jugaklah pi tengok2 keadaan rumah dan persekitaran mereka..

Harap-harap dapat pengasuh yang terbaik..insya allah..


Post a Comment

  1. Alhamdulillah Fiza skrg nie dpt nursery yg betui2 dpt jg budak2 dgn elok termasuk anak Fiza.. mmg bukan senang nak lepaskan anak bg org jaga.. tambah pula bg ibu2 bekerja..

    ReplyDelete
  2. wah tinggi standard pengasuh mak dairy tuh., mugo dipermudahkan., aminn

    ReplyDelete
  3. memang susah nak cari pengasuh. kena cari yang betul betul boleh jaga.

    ReplyDelete
  4. Kita hari tu gamble je. Siap cari dalam internet. Dengan izin Allah semua ok. Siapa duduk Ampang kita boleh rekomenkan.

    ReplyDelete
  5. assalam
    betul ida, sekarang susah nak cari pengasuh yang menepati ciri ciri kat atas tu. tapi moga allah permudahkan urusan ida.

    ReplyDelete
  6. harap dapat jumpa pengasuh yang kita senang hati nak tinggalkan anak untuk mereka jaga dengan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru!

    InsyaAllah dapat pengasuh yang betul betul ikhlas dan baik hati

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru, semoga diprmudahkan urusan ya

    ReplyDelete
  9. da dpt lom?
    kakak2 dulu pengasuh.
    but selepas ada satu kes sedih, terus aida tarik diorang masuk ke taska within 24 jam tau.
    sib baik ok. tu la taska yg izzat dok hingga kini.
    pengasuh nyer ok. umah nyer bersih. masak nyer sedap.
    tapi anak dia buat hal x baik pd anak2 aida.

    ReplyDelete
  10. Kakak masih minta tolong SIL kakak cuba carikan Eda
    Abang pun kakak minta tolong tanya masa ke masjid tapi masih tak ada lagilah Eda
    Kebanyakkan mereka yg sihat kerja. Ada tu tak kerja dan baik tapi dah jaga budak.

    ReplyDelete
  11. Bukan bukan mudah nak cari org yg btl2 kita brkenan kan

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top