6
Assalamualaikum


Seronok wehh tengok ramai yang upload gambar anak pi sekolah..Teruja tengok gambar-gambar anak-anak memakai pakaian sekolah.Aku?? Lambat lagi nak jadi mak yang sibuk dengan urusan sekolah.Baru ni sibuk nak mencari babysitter baru untuk Naura.

Meh cerita sikit.Sebenarnya sebelum ni Awfiyah dan Naura di jaga oleh adik aku.Adik aku duduk sekali dengan aku disebabkan laki dia pun balik sebulan sekali.Maklumlah..orang keje luar negara...hik..hik..Tu yang payah balik tu.So,disebabkan tulah aku heret dia dok sekali ngan aku.Tapi rezeki dia buat kali kedua dah sampai,bakal melahirkan anak bulan 4 nanti.Terpaksalah cari babysitter awal,yelah sekarang ni pun dia dah tak larat nak jaga dua orang tu.

Awfiyah? awfiyah ikut balik kampung.Yelah..dia dah besar,susah sikit nak serasi dengan orang baru.So,keputusan untuk hantar dia balik kampung dipersetujui oleh semua pihak.Tapi Naura tak ikut sebab dia still baby..senang nak bagi orang jaga.Lagi satu dia still lagi breastfeeding.Tu yang terpaksa berpisah dengan kakak dia.Walaupun keputusan tu TERPAKSA!! tetapi aku harus merelakan..tetiba ai is touching!! sob..sob..

Dah..Takmo sedih².Dua minggu sekali ummi datang jenguk kakak..Please behave dengan Nenek ye.Takdelah orang nak gaduh berebut handphone dengan ummi.

Wah..ramai yang upload gambar anak-anak ke sekolah beb!! suka sangat..macam-macam ragam diorang ni kan..Of courselah hari pertama mak/pak dok teman diorang pi sekolah.

Antara anak buah yang baru memulakan persekolahan..Memang anak-anak buah aku semua kecil².Yang paling besar pun tingkatan 1 ko!!.Tahun depan tambah dua..Habis kopak duit makngah dia ni..hahah

Apa pun untuk anak buah dan anak-anak yang lain,selamat memulakan persekolahan.Moga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat..



Post a Comment

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan. Saja blogwalking sini.

    Teringat masa Hana dalam pantang seminggu je anta anak ke umah nenek dia, lepas tu ambil balik sebab rindu. Kesian si abg dipisahkan dengan adik, huhu.. Anyway, saya pun duduk JB. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Tula.. ramai yg upload gambar anak ke sekolah.. eksited mak ayah ngk anak pakai baju sekolah.. comel2.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok masing masin upload gambar anak pergi sekolah for the first day..excited dorang nak pergi sekolah ye

    ReplyDelete
  4. oiye? kakak adik bakal berpisah la.
    takpe. utk sementara kan?

    ReplyDelete
  5. tulah kak kakak dan adik berpisah pula

    ReplyDelete
  6. Ank buah kita ramai juga yg msh sklh hhi

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top