4
Assalamualaikum


Memang kita ketahui bahawa air lemon panas boleh mencegah Kanser.Air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan.Untuk membuat air lemon yang segar,Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu.


Sebenarnya ,banyak kelebihan dan kebaikkan Lemon yang kita tak tau.Adalah lagi bagus jika mengamalkan minum air lemon setiap hari.

Aku ada baca di satu blog ni,yang berkongsi tentang kebaikkan dam faedah dari air lemon yang kita tak sedari.refer sini
Source:google
Comel tak awek ni!!



Ada 12 Kebaikkan dan Faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut,gastrik dan pedih ulu hati.

2.Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan pembersihan yang baik kepada hati,buah pinggang dan darah.Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis,apabila ia dibersihkan,kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3.Minum air lemon pada waktu pgi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium ,kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4.Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5.Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit birit.

6.Minum air lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit,kandungan vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit,lemon juga bersifat membersih,antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7.Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon,kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8.Air lemon membantu  hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9.Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak.Jika anda mengalami sakit tekak,minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10.Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11.Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12.Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi.Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan



Ha..itu antara kelebihan buah lemon yang boleh dikongsikan di dalam blog ni.Aku memang mengamalkan pengambilan lemon ni walau tak hari-hari..uisshhh...sebiji lemon sekarang berharga RM2 tau...Sebab tulah aku ambil lemon tu selang sehari je..hehehe..Pepagi just letak lemon dalam air masak..Yang diet tu,boleh membantu korang juga untuk kesihatan.










Post a Comment

  1. Just start minum air lemon setiap pagi..baru tahu kebaikan minum air lemon..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah amal lagi... Sebab mahal kan..

    ReplyDelete
  3. Selalu minum yg ais lemon tu je

    ReplyDelete
  4. beberapa kali aje aida pernah beli lemon.
    ari tu sebab nak masak apa ntah.
    tak pernah buat minum.
    boleh cuba in shaa Allah...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top