17
Assalamualaikum


Sejak dua menjak si husband nak berdiet ni,sibuklah bini dia ni dok usha sana sini resepi untuk diet.Kemain seronok bini dia ni bila dengar laki nak diet...hehehe..Ala..bukan ape,untuk diri dia jugak..Al maklumlah kan bila nak masuk 4 series ni,Kena jaga kesihatan dan pemakanan..Dah 3 hari jugak dia tak amik nasi..EH...Chopp.sabtu tuari je skip sebab ada kenduri kawen.Tu pun amik seciput je.Aku dah pesan kat dia jangan amik nasi banyak-Lauk takpe..
Kekal Kurus & Sihat Dengan Cara Mudah

source:google

Tapi kekadang tu aku buntu jugaklah,tak tau apa menu sihat nak bagi kat laki aku ni.Nak masak ape..Kadang buat sup..Kadang buat stim ikan.kekadang tu buat mee...Itu jelah yang aku tau.

Aku ada baca tentang kekal kurus dan sihat dengan cara paling murah dan mudah.Yelah.Nak kurus ni kekadang kena jugak kekadang  belanja besar.Tapi taklah besar mana pun kan.Yang penting tak keluar duit nak ke gym dan beli apa-apa supplement untuk kurus..Nak kurus secara semulajadi.

At least ada keluarkan peluh..hehe..Kekadang bila tak kerja,aku ada jugak suruh dia buat aktiviti berfaedah.Contohnya,mop lantai,cuci tandas,sidai baju..Ha...tang lipat baju tu pun sekarang ni dia dah merajinkan diri..Aku bukan seksa laki ok..At least ada aktiviti dia untuk keluarkan peluh.

Dari pembacaan aku disini,Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.Aku takdelah suruh dia kurus sangat..At least dia rasa selesa dengan berat badan dia,tak menyeksakan dia dah ler..Kang dia kurus sangat kang,aku pulak yang susah hati..Ada kang dia kena ngurat ngan pensyarah kat situ..uittt...kenot!!

Apa petua yang boleh aku kongsikan dari pembacaan aku adalah:-

1.Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan,skipping ,regangan berterusan selama 30 minit sehari(setiap pagi)secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.

2.Tidur Awal

Setelah seharian bertungkus lumus,tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang itdur malam hari,dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu,lambat laun boleh mendatangkan mudarat.Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.


3.Makanan Kesihatan(supplement)

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang,pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit,dan jika anda tidak berselera makan sayur,kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan,cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.

Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan oraganik,berasaskan herba.

4.Berfikir masak-masak sebelum masuk program kuruskan badan

Program kuruskan badan bukannya tidak elok,namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5.Makan lebih sayuran,kurangkan daging merah,kopi ,gula dan garam.

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang,sayur bukan kegemaran.Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.

Kata mahu sihat,jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan,seterusnya telan ubat,dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas.?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.


6.Jangan Tinggalkan Makanan Pagi

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.

Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan,namun makan pada malam hari boleh menganggu proses kebiasaan badan akubat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.

Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7.Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting,karbohidrat,lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8.Jangan berlapar.

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar,kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.


9.Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.

Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik,asap kereta,bunyi hon dan sebagainya.Spray rambut,racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita,walaupun secara tidak terus.

10.Selalu Basuh Tangan

Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.Kecuali akibat demam dan selsema,sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.

Namun bagi seseorang yang berumur,separuh usia,kerap demam dan selsema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11.Jaga Tindakan & Utamakan Keselamatan.

Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.

Walaupun anda sihat,tidak bermakna anda kebal,jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12.Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.

Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah,kandungan kolestrol dan lain-lain secara berjadual.COntoh paling mudah:HIV bukan pembunuh jika dikesan awal.

Insya allah,bagi kita yang mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan,dan juga menjaga pegambilan pemakanan,selagi itulah kita akan rasa diri kita terhindar dari pelbagai penyakit.Tapi harus diingat,kita kena sentiasa juga memantau tahap kesihatan kita seharian seperti yang dicadangkan pada cara yang ke 12 tu.

Lepas ni,insya allah akan menjaga pemakanan.




Post a Comment

  1. Good tips sis..blh d amalkn juga utk husbnd lya ni

    ReplyDelete
  2. inshaaALLAH moga suami sis berjaya.. skg byk dah resepi sihat..

    ReplyDelete
  3. anim pun dalam proses kurus dan sihat ... bukan anim tapi suami hehe

    ReplyDelete
  4. terbaik...skg pun sedg amal cara hidup siht ...mkn berpada2

    ReplyDelete
  5. Kalau cekal dan ada kemahuan boleh Eda
    Kakak dengan abang ni payah sikit. Bukan tak susah hati tapi selalu apa yg dibuat kecundang akhirnya.

    ReplyDelete
  6. suami saya kalau gastrik menyerang kurus la dia.. sejak dua menjak ni dia asyik makan bubur nasi je. Memang susut la badan dia sebab bubur ni kita masak sikit dia kembang jadi banyak. Kalau sesenduk nasi buat bubur pun dah kenyang. Saya pun sekarang tengah dok nak buang sikit lemak2 kat badan. Moga istiqomah nak berkayuh basikal dalam rumah ni... buat sit up pun setakat ni mampu takat 10 kali jer hahaha...

    ReplyDelete
  7. bab senam tu yg liat tu lagi liat bab sayur..hehehe..kalah anak mak yg tak makan sayur!

    ReplyDelete
  8. ada sebahagian mampu buat tapi ada yg tak boleh mcm tinggal kopi..hahahaha

    ReplyDelete
  9. dok baca jangan makan itu..sila makan ini dan2 terus perut lapar..cemana ni??hahahha

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya...nk kurus ni azam kena kuat.. Amalkan selalu..insyaallah :)

    ReplyDelete
  11. paling penting kene disiplin... bkn senang nak kurus nie.. semoga berjaya...

    ReplyDelete
  12. betullah kene displin kalau tak memang payah pun

    ReplyDelete
  13. sy tengah mengamalkan diet atkins sekarang..nanti nak stabilkan berat barula guna tips ni hihi

    ReplyDelete
  14. Fitness trainer saya cakap, tak nak bagi perut buncit... satu je. jaga makan.. kalau eksesais banyak tp makan tak jaga, bloating jugak.. kurangkan pengambilan garam dan makan lebih pisang dan kurma.

    ReplyDelete
  15. good sharing ni.. tp mcm mn nak gemukkan smua pulak hehe.. tu yg kak Alycia tgh pening ni..

    ReplyDelete
  16. jaga makan saje exercise xpenah buat xjadi jgk...tak seimbang namanya tu...btw nice sharing

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ida...perkongsian tips yg baik...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top