4
Assalamualaikum

Memang ada sifat kerisauan jika ibu yang baru bersalin akan sangkut atau hamil semula.Macam aku ni ha..Bila dah ada anak yang masih kecil,tentulah risau kalau mengandung lagi.Yelah..anak pun kecil lagi.luka pembedahan pun belum pulih sepenuhnya.Macam aku ni,pil perancang memang tak digalakkan untuk ambil,Hanya digalakkan dengan suntikan dan jugak implan..

Bila dengar dari pengalaman ibu-ibu yang mengambil suntikan depro,bermasalah pulak kitaran haidnya.Ambil suntikan implan,mahal pulak harganya walaupun aku tak pasti berapa harga sekarang ni.Kalau korang ada pengalaman mengambil implan,please komen harga sekarang.Sekarang ni emmm..aku cuma guna kaedah getah je lah.;.hehehe...harap korang faham la..

Tapi bila aku terbaca tentang penyusuan boleh menjarakkan kehamilan,membuatkan aku tak berapa nak risau sangat la..Lagipun dari semenjak bersalin,hanya sekali je aku datang period..lepas tu belum muncul-muncul lagi..Last sekali dok risau kenapa period tak datang,,Risau tahap gaban kot..Ade kena marah dengan doktor..Lagipun doktor ada pesan,bila aku mengandung dalam masa terdekat,risiko jugak.yelah..aku sekarang ni pun sedang follow up di hospital.Doktor pun belum pastikan kenapa dengan jantung aku ni..Takut wehhh...

Dari pembacaan aku di blog Dr.Zubaidi,suatu perkara yang harus difikirkan ialah teknik penyusuan.Ramai yang menyusukan bayi mereka,namun pernahkah mereka fikir  cara penyusuan yang betul?.Jika cara penyusuan yang dilakukan tidak sempurna,maka manfaat menjarakkan kehamilan tentu tidak dapat dinikmati.

Bagi ibu-ibu yang pernah datang ke klinik untuk mendapatkan pil kehamilan selalunya dr zubaidi akan mengesyorkan penyusuan anak.Cara yang semulajadi dan selamat ialah dengan menyusukan anak..Bagaimana menysuskan anak dapat menjarakkan kehamilan?

Teknik betul boleh menjarakkan kehamilan

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak,iaitu hanya dengan susu badannya sendiri(breastfeeding)tanpa menggunakan alat atau ubatan pencegah kehamilan yang lain,dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method(LAM)

Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu masih lagi tidak kedatangan haid dan meyusukan anaknya dengan susu ibu,

Keberkesanannya  dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi beberapa kriteria:
  1. Bayi yang dilahirkan berusia enam bulan k bawah.
  2. Ibu masih belum kedatangan kitaran haid lagi.
  3. Ibu menyusukan anaknya secara ekslusif.


Dari carta di atas menunjukkan bahawa jika seorang wanita menggunakan penyusuan anak secara breastfeeding LAM,risiko untuk hamil adalah 5 orang dari 1000 wanita,berbanding teknik menggunakan kondom seramai 20 orang.

Namun jika ibu menyusukan bayinya secara breastfeeding tetapi tidak dengan cara yang sempurna,risiko kehamilan adalah 20 orang dari 1000 wanita berbanding  dengan 150 yang memakai kondom dan 80 yang memakai pil perancang kehamilan

Jadi teknik/cara penyusuan breastfeeding yang betul akan membantu menjarakkan anak secara semulajadi.


Bagaimana cara yang betul?
Cara ini sebenarnya hanya berkesan jika temph selepas kelahiran adalah kurang enam bulan,ibu itu belum datang haid dan anaknya diberikan susu ibu secara eksklusif.Ini mengelakkan ibu mengalami kehamilan sebaik saja habis tempoh pantang(partum).

Bagi ibu yang ingin hamil lagi dan menyusukan anaknya serentak,jangan risau,kaedah semulajadi adalah kaedah yang selamat dan berbentuk sementara.Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran anak,selalunya wanita itu akan kedatangan haid dan ianya dikira subur semula.

Namun begitu,masa untuk menjadi subur semula berbeza antar seorang wanita dengan yang lain.Ia bergantung bagaimana hormon seorang wanita bertindak semasa seorang ibu menjaga(nursing) dan menyusukan anaknya.Semakin kerap menyusukan  anaknya dalam sehari,semakin berkesanlah cara ini digunakan.

Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang dipisahkan dari anak yang baru dilahirkan(walaupun anaknya diberikan 100% susu ibu dari ibunya) selama enam bulan mempunyai kadar risiko kehamilan sebanyal 5.2% sepanjang enam bulan pertama.

Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan ialah bersifat ekologi(ecological breastfeeding ) iaitu :

  • Mendakap anak dengan lebih erat
  • Menyusukan bayi sekerap yang mungkin
  • Berikan susu badan sahaja
  • Menyusukan anak dengan posisi berbaring.
  • Tidak memberikan pacificer(puting plastik)
Dengan cara ini,manfaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan:-

  • Risiko untuk hamil adalah zero dalam masa tiga bulan pertama,kurang dari 2%  antara 3 dan 6 bulan ,sebanyak  6% selepas 6 bulan (dengan syarat kitaran haid belum datang)
  • Secara purata kitaran haid akan datang selepas 14.6 bulan dari tempoh tarikh kelahiran.
  • Walaupun si ibu telah kedatangan haidnya,namun ia akan mengalami kelewatan kesuburan untuk beberapa kitaran.
Sumber:"Natural Child Spacing" oleh Jen o'Quinn

Kebanyakkan wanita menjadi tidak subur sehingga kedatangan kitaran haid pertama.Kitaran pertama ini sebagai 'Tanda peringatan' bermakna seseorang wanita akan boleh hamil selepas itu.

Masa yang diambil oleh seseorang ibu untuk mendapatkan semula kesuburannya berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lain.Ia bergantung kepada keadaan yang dialami oleh kelenjar ovari.(Ellison 1996,p.326-327).

Seorang wanita yang menyusukan,walaupun belum kedatangan darah haid,mungkin mengadu sakit perut seperti senggugut,di mana ia berlaku apabila rahim wanita itu sedang  'bersedia' untuk menerima kedatangan kitaran haidnya semula.


Perlukan menghentikan penyusuan ibu untuk hamil semula?

Sesetengah ibu sukar untuk hamil semasa menyusukan anak,namun ianya sesuatu yang biasa.Tidak ada sebab untuk seorang wanita untuk menghentikan penyusuan hanya kerana mahu hamil semula.

Penyusuan bayi hanya menganggu kesuburan buat sementara,Ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil adalah disebabkan 'masa peralihan'.Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran,peluang untuk hamil semula bertambah tinggi walaupun meyusukan anaknya.

Namun bagi wanita yang subur dengan cepat,mereka mungkin hamil walaupun masih lagi dalam tempohh enam bulan selepas kelahiran.Setiap ibu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Oleh itu,jika seseorang wanita mahu menjarakkan kehamilan dalam masa enam bulan selepas kelahiran,maka hendaklah meluangkan  masa menyusu(breastfeeding) dan menjaga bayi(nursing) sekerap yang mungkin dengan cara ecological breastfeeding yang telah diterangkan di atas.Ini akan mengurangkan risiko untuk hamil dalam tempoh enam bulan yang pertama selepas kelahiran



Bagi ibu yang bersalin czer macam aku ni mengambil masa 2 tahun jarak untuk hamil...Memang ingat nak tambah lagi..tapi...eemmmm..tunggulah dulu kan...hehehe



Post a Comment

  1. Stkat ni bfeed kn zara mnjarakkn khamilan.now planning nk 2nd. Hehe

    ReplyDelete
  2. sy x guna teknik ni.. tapi mmg buat la LAM TU...

    ReplyDelete
  3. mencegah lebih baik..walaupun breastfeed tapi dalam masa yang sama pakai safety helmet.makan maajun ke.

    ReplyDelete
  4. skg sy cuba suntikan..doc ckp antara turun darh atau haid xdtg..sy mang xdtg2 lerr..adeii

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top