8
Assalamualaikum

Sesungguhnya memang berat untuk kita terima setiap musibah yang hadir pada diri kita.Tetapi kita sebagai umatNya kena sentiasa redha dengan apa jua ujian yang mendatang.

Yelah..siapa yang suka nak menerima musibah kan.,Pelbagai perasaan yang datang bila terkena pada kita.Cerita ni semuanya kerana dalam bulan ni,aku rasa banyak benda yang sedang menimpa diri aku dan suami.Apa yang kami rancang semuanya tak jadi.

Start dari awal bulan lagi,kereta breakdown.Bukan sikit kena..Habis 2k untuk kereta sahaja.Sebab tu kalau guna kereta ni,nampak macam sakit sikit,baiklah betulkan dengan segera,Kalau tak lagi berjangkit lagilah banyak nak kena repair.Masa kereta tu mula-mula problem,temprature up and down je.Ingat takde air,Tapi bila dah letak air pun,still sama.Bawak gi bengkel berdekatan sebab risau dah nak bawa kereta tu jauh-jauh..Yelah..ingat dapatlah survey bengkel-bengkel yang lain..Tapi takut jugak bila dah temperature kereta tu naik terus..emmm..langsung tak boleh buat ape dah.

Mekanik tu mula buat kira-kira hanya rm800 sahaja..Tapi bila dia dah bukak semua part enjin tu,Kos meningkat dari rm800 ke 2k..Rasa nak pengsan dengar..Memang masa tu rasa down gila...
Bila dah settle smua...tup-tup semalam nak start enjin kereta tak boleh-boleh..

Down lagi..Padahal masa tu nak hantar naura balik kampung.Babysitter Naura minta cuti dua hari sebab rumah neneknya terbakar.Kesian dia...Rumah peninggalan arwah atok terkubur macam tu je.Walau tak meriah mana rumah tu,tapi bila dah nama rumah pusaka..Rasa sayang pulak kan..

Berbalik cerita pasal kereta tu..Petang tu jugak call mekanik yang buat kereta aku tu..Aku panggil dia sebab kereta tu under warranty sebulan lepas dia betulkan kereta.Check punya check,dia kata batery da kong!! Macam ada batu menimpa kat  kepala ni hah!!..Dugaan lagi...Aku biarkan kereta tu husband yang settle,aku dah balik ke kampung.Nasib baik adik boleh ambil..Dan pagi ni,aku pergi kerja naik kereta ayah..Nasib baik kereta ayah ada..Taklah aku cuti banyak hari kan..Mungkin kena tunggu dua tiga hari untuk beli batery sebab kenalah tunggu gaji..sob..sob..duit dah banyak keluar..Tak dok dah spare...huwaaa...Dugaan..dugaan..

“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


source:google

Apa pun aku redha dengan apa yang jadi pada kami bulan ni..Moga Allah memberikan yang lebih baik selepas ini..Kereta ni makin nak habis bayar,makin dia nak manja-manja...

Post a Comment

  1. Bila ujian Allah beri kita terima dgn redha akan ada sedikit kelegaan dan pasti ada sinar baik yg Allah akan berikan kemudiannya samada kita sedar atau tak aje. Sabarlah Eda memang selagi kita hidup tak banyak sikit pasti ada ujian. Kalau tak kenapa Allah bagi kita aqal dan iman...

    ReplyDelete
  2. Kesian kat pengasuh anak eda tu..
    Habis hangus terbakar..

    Redha dgn ujian itu lah yg terbaik Eda..
    Allah bagi nikmat yg lain selepas itu..

    ReplyDelete
  3. Tahun ini juga bonda dan En Suami banyak keluar duit untuk kereta...iyalah, kereta dah 9 tahun usianya...buka enjin, tukar entah apa benda, RM3K++ melayang-layang...

    ReplyDelete
  4. setuju ngan kak zakie..pepon kita kena bersangka baik dengan DIA dan sabar..
    moga ada sinar menanti..

    ReplyDelete
  5. pasti ada hikmahnya kak.. moga akk tabah. inshaaALLAH mgkn ada rezeki lain.

    ReplyDelete
  6. cm gitu ler bila dgn kereta ni..dh duk pakai hari2..skali abes...mcm nk nangis..

    ReplyDelete
  7. Risau ni kereta kita pun dah nak habis bayar..ermmmm.....harap takde masalah besar...memang tak mampu dah bayar maintenance harapkan suami je...

    ReplyDelete
  8. Ujian hebat untuk orang yang hebat..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top