1
Assalamualaikum

Kalau entry yang lepas aku cerita pasal anak-anak demam.Eh..korang boleh baca entry tu di sini.
Entry ni aku nak share dengan korang dari hasil pembacaan aku di sini.

Yelah,kita sebagai orang tua ni,bila ada anak ni,ada sahaja perkara yang perlu kita tahu,dan perlu kita amik tahu.Bukan main belasah je.Bila anak demam,terus gi klinik.bagi makan ubat..tu jelah..Tapi sebagai ibu bapa kita kena cari sendiri dan ada inisiatif untuk menghindarkan dari anak-anak demam berlarutan atau sebelum demam kan.

Zaman sekarang ni dah mudah,google je apa yang perlu kita buat dan perlu kita tahu tentang sesuatu perkara ni.Sebab tu banyak blog yang share tentang pandangan,info dan sebagainya di blog mereka.Bukan sahaja untuk diri sendiri,malah boleh juga dikongsi dengan pembaca yang lain.

Bila anak demam,merengeknya ,Allah je yang tahu.Kekadang hati ibubapa ni runsing,sampai nak kerja pun tak sanggup bila anak merengek.Inikan pulak nak hantar rumah babysitter kan.Demam biasa adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan bayi melawan jangkitan.

Tetapi kalau bayi berusia enam bulan ke bawah demam,macam anak saudara aku yang berusia dua minggu tu,kita perlu lebih risau kerana agak jarang bayi seawal usia tersebut mengalami demam,ia mungkin petanda ada sesuatu yang tidak kena.
anak demam
source:google


Untuk memastikan keadaan demam anak adalah terkawal dan suhu badannya tidak terlalu tinggi,anda perlu buat perkara berikut.Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 39 darjah C boleh menyebabkan anak mendapat serangan sawan.


1. Guna termometer untuk pantau suhu

Bila ada anak, termometer adalah benda wajib yang mesti ada. Anda boleh beli di mana-mana farmasi atau kedai barangan bayi. Sebaiknya guna termometer digital yang mudah membaca suhu badan anak. Ambil bacaan suhu badan dengan meletakkan termometer di ketiaknya sehingga berbunyi bip apabila suhu telah diambil.
Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. Suhu normal adalah 36.7 darjah C, kalau bacaan lebih tinggi daripada itu anda perlu berusaha untuk menurunkan suhu badan anak.

2.Bawa berjumpa doktor.
Sebaiknya bawa anak segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut terutamanya sekiranya bayi berusia bawah enam bulan.Jika bayi berusia tiga bulan dan bacaan badannya 38 darjah C atau lebih memang wajib berjumpa doktor.

3.Turunkan suhu badan anak.
Tugas anda apabila tahu anak diserang demam adalah menurunkan suhu badannya.Ini untuk mengelakkan anak boleh diserang sawan jika suhu badan terlalu tinggi.Cara untuk menurunkan suhu badan adalah memandikan anak dengan air paip biasa(jangan guna air suam),mengelap badan anak dengan tuala basah terutama di bahagian ketiak,celah peha,kaki dan ibarkan anak hanya pakai lampin pakai buang sahaja.
Jika suhu badan anak anda melebihi 39 darjah C,dia mungkin akan ditahan wad untuk dimasukkan air bagi menggantikan cecair yang banyak hilang dari badan serta menurunkan suhu badannya.

4.Beri ubat demam.
beri anak anda minum ubat demam(paracetamol)kanak-kanak mengikut sukatan betul yang telah ditetapkan oleh doktor anak anda.

5.Tak perlu selimut atau baju tebal.
Ada orang suka pakaikan anak mereka dengan baju tebal atau baju berlengan panjang dan menyelimutkan anak ketika demam.Ia tindakan yang salah dan hanya akan membuatkan suhu badan anak semakin tinggi dan badan terus panas.Lebih baik anda tidak memakaikan mereka baju.Jangan risau mereka akan kesejukkan.Jika hendak pakaikan baju,pilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas dan jenis single berlubang.Ini untuk membantu suhu badan cepat ke paras normal.

6.Pastikan suasana sejuk.
Jika tidur di dalam bilik,pastikan biliknya bersuhu sejuk.Tidak semestinya menggunakan penghawa dingin,kipas juga memadai.yang penting suasana bilik perlu sejuk,nyaman dan tenang

7. Teruskan menyusu

Jika bayi anda menyusu susu ibu, beri dia susu sekerap yang boleh. Tak perlu tunggu dua atau tiga jam sekali. Makin kerap anda menyusukan bayi, makin cepat antibodinya terbina untuk melawan dengan virus demam kerana susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi.
Bahkan bayi yang semakin kerap menyusu susu ibu ketika demam juga memberikan petunjuk baik yang demamnya adalah demam biasa dan anda tak perlu risau. Tetapi sekiranya bayi menolak susu ibu, asyik menangis, lemah dan tidak aktif maka anda perlu risau.


8. Beri anak banyak air

Sekiranya anak sudah mula makan, pastikan beri dia minum banyak air dan makan makanan bercecair seperti sup atau bubur nasi. Selain air masak, boleh juga beri anak minum jus buah yang dibuat sendiri, yogurt dan aiskrim vanila bagi mengurangkan sakit tekak dan panas badannya.


9. Dampingi anak

Jangan biarkan anak yang demam tidur bersendirian. Pastikan ibu atau ayah ada di sisi terutama ketika waktu malam untuk memastikan anda boleh memantau perkembangan anak. Ini kerana suhu badan anak demam akan lebih cepat naik pada waktu malam. Jadi mudah untuk anda mengambil tindakan sekiranya suhu badannya bertambah tinggi.

10. Berdoa kepada Allah

Selepas berusaha merawat demam anak, sebagai orang Muslim sudah tentu anda tidak akan putus berdoa kepada Allah kerana hanya dia yang layak menyembuhkan segala penyakit. Bacalah surah Al-Fatihah, selawat syifa' dan doa ini "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka."
Apa pun,kita sudah membuat yang terbaik untuk anak kita,Berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan mereka.Apa lagi di musim panas seperti ini.banyak aspek yang perlu kita ambil tahu supaya anak kita tidak dijangkiti atau terdedah kepada penyakit atau demam.

Moga beransur pulih cuaca di Malaysia ni.insya allah amin.

Post a Comment

  1. oohh jadi selama ne fae salah pakai teori. i thought kalo demam jangan pasang kipas atau penghawa dingin. biar badan berpeluh supaya ruam panas keluar. bila baca entri akak baru fae sedar teori fae salah.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top