12
Assalamualaikum

Bila fikirkan pasal puasa yang nak menjelang tiba tak lama lagi..Tak lama mana pun kan..lagi dua bulan lebih je kan nak tiba ke ramadhan..

Puasa pun belum habis ganti lagi.Macam manalah berpuasa nanti.Mana nak cari energy untuk susukan anak.Lagilah Naura masih lagi menyusu badan.Mana nak simpan untuk stok.Secara jujurnya,aku dah pun mencampurkan susu tepung dalam penyusuan Naura.Sedih sungguh!!

Kenalah fikirkan dari sekarang sebab ini kali pertama aku akan melalui pengalaman menyusukan anak semasa di bulan puasa.Ada terbaca disini tentang rahsia penyusuan ketika berpuasa di PAMA

bayi menyusu
source:google

Jom kita tengok apa rahsia yang diamalkan ketika berpuasa nanti

1.Disiplin waktu makan
-Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari.Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh itu.Oleh itu,walaupun berpuasa,pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur,berbuka dan sebelum masuk tidur.

2.Kurma
-Makanan sunah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan.Kurma kaya dengan protein,serat,gula,vitamin A & C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan potassium.Maka,jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa.Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

3.Makanan seimbang dan suplemen
-Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat,protein dan lemak.Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur,roti,biskut,kuih-muih sebelum tidur.Pengambilan suplemen untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

4.Minum banyak air
-Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi.Sebanyak dua liter sehari.Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa?Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak.Tip mudah,letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam.Selain air masak,minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan,minuman bersusu dan berbijirin.Elakkan minuman berais terutama ketika melancarkan pengeluaran susu ibu.

5.Bertenang dan Yakin
-Secara psikologi ,minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu.Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan.Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu.Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan  Allah.

6.Kerap menyusu dan mengepam
-Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu,semakin banyak susu dikeluarkan.Bagi ibu yang bekerja.Semakin kerap mengepam,semakin banyak susu dihasilkan.Maksudnya,semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan.Jangan bimbang susu akan kering,kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi,susu akan berkurangan sedikit demi sedikit.Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa,sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Tips ni akan diamalkan..Sekarang ni pun air 1 liter sehari belum tentu dapat minum..Kalau dulu fully breastfeeding,3 liter satu hari tu,ala...biasa je..




Post a Comment

  1. perkongsian yang bagus untuk ibu ibu :)

    ReplyDelete
  2. Bagus utk ibu2 yg sedang menyusu anak2 ni eda..
    Akak dah berhenti susu cap gantung ni eda hehe.

    ReplyDelete
  3. info yg sangat bermanfaat untuk ibu2 diluar sana..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg bagus...biasa dgr tips yg kurma dan yg last..bagus tuk tambah susu ketika berpuasa..

    ReplyDelete
  5. Tips menarik utk para ibu. Tak lama lagi nak puasa, kena biasakan dari sekarang nampaknya :)

    ReplyDelete
  6. Moga para ibu dapat memanfaatkan tips nie ^-^

    ReplyDelete
  7. nice sharing ... moga bermanfaat, especial buat ibu-ibu muda :)

    ReplyDelete
  8. Haah kn x lma lgi nak puasa..moga tips ni brmanfaat utk ibu2

    ReplyDelete
  9. ramdhan x lama lagi.. bg sharing cmni

    ReplyDelete
  10. bagus info ni, klily sendiri pun ngaak tau dongg

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top