4

                                Assalamualaikum

Ecececeh....tajuk tak menghengat.Dah macam tajuk buku pun ada kan.Nampak tak,Umi yang terlebih excited bila nampak sepasang kasut berwarna pink di Tesco tadi.Memang nak berbelanja keperluan Naura seperti biasa setiap bulan.Cuma bulan ni ke Tesco kerana ada promotion.

Gigihlah umi dan babah ke sana.Bila part ke pakaian kanak-kanak,tumpuan memang kat situ berjam-jam lamanya.

Bila memikirkan Naura dahpun 8 bulan,dan tak lama lagi nak berjalan,maka umi terlebih excited untuk membeli kasut yang comel tu..


comel tak!!

so,bila keluar berjalan nanti,boleh la umi pakaikan Naura.Sama seperti kakak fiyah.Umi pun beli jugak masa umur dia 8 bulan.

Dah balik rumah,terus je umi test pakaikan Naura.Tu pun rasa nak keluar anak tekak pujuk dia pakai.Bila benda pelik kat kaki dia,mulalah nak digapainya..

Payah nak snap gambar ni anak oii..Jenuh blur gambar umi ambil sebab dia tak reti duduk diam

Oklah kan untuk prewalk ni..Nanti boleh beli yang lain pulak..

Post a Comment

  1. Mmg seronok habis berjam2 kat tempat kanak2... nak2 ada anak kecik... tgk baju/aksesori/kasut yg comei2 mmg lama la dibuatnya! Rasa nak beli semuakan? Kasut Naura tu pun comei la hai!

    ReplyDelete
  2. Yeayy comeynya... ceria tengok... :) :)

    ReplyDelete
  3. ala comelnya..siap ada gambar lagi tu..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top