8
Assalamualaikum

Start dari malam tadi,badan rasa panas,tekak perit tak terkata.Nak minum air masak banyak-banyak pun rasa sakit di tekak..Bila Naura dah mula mengengek nak susu,dengan keadaan tak sihat,rasa risau pulak..Yelah..takut Naura berjangkit pulak sedangkan dia pun masih batuk dan selsema.

ibu demam boleh menyusu
source:google

Sebagai ibu haruslah risau pasal ni kan.Dari pembacaan aku di blog cikgu susu,ibu yang demam msih boleh menyusukan anaknyaJika ibu demam,batuk dan selsema sehingga membuatkan badannya lemah,kena terus berjumpa dengan doktor.

Dari pembacaan aku lagi,penyusuan semasa ibu mengalami demam biasa tidak akan memudaratkan bayi malah ia membantu bayi menguatkan lagi sistem imunisasi badannya.Ini kerana semasa kita demam,badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan "kuman Jahat" itu.Penyusuan semasa demam akan memindahkan sel-sel antibodi yang kuat ini ke badan si comel kita.Jadi badan anak kita akan terlindung dari kuman-kuman yang menyebabkan demam ini.

Dari blog Cikgu susu,ada memetik petikan Dr.Zubaidi di laman blog beliau,apabila ibu demam,akan berlaku reaksi immunologi iaitu proses pembentukkan antibodi yang dipercepatkan oleh suhu tinggi yang dialami badan ibu semasa demam dan antibodi ini disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Alhamdulillah..walaupun umi demam,still boleh bagi susu kepada Naura..Indah kan Ciptaan Allah swt tu..Jom kia tengok apa Tips Menyusukan Bayi ketika demam ini di blog beliau

1. Minum Air Dengan sangat banyak
Bila kita demam panas,suhu badan akan meningkat berbanding suhu biasa.Jadi pastikan pengambilan air yang banyak untuk menstabilkan suhu badan yang tinggi dan mengelakkan dehidrasi badan.Minum air apabila rasa dahaga dan sediakan satu bekas air bersama ibu,,

       uishh...ni betul aku tak boleh nak masuk waktu demam.Yelah..bila tekak sakit,nak minum air pun susah kan..Tapi moga Allah swt permudahkan segalanya.Minum jugak walau terpaksa

Minum air suam,jus buah-buahan suam dan minuman bermalt panas untuk melancarkan pengaliran bendalir dalam badan.Tanda-tanda badan dapat air yang cukup adalah urin jernih dan tidak berbau.

2. Mesti makan pada waktunya.
Biasanya bila kita demam,selera makan memang merudum.Tapi demi si kecil tersayang,ibu perlu makan sekurang-kurangnya bubur nasi bersama kentang dan kurma sebagai snack.Nasi dan kentang sebagai sumber karbohidrat dan kurma sebagai sumber tenaga segera.Ini dapat memastikan ibu masih dalam keadaan yang tidak lemah untuk meneruskan penyusuan.Elakkan pengambilan makanan berminyak dan pedas.

3. Mesti menyusukan bayi seperti biasa dan pam mengikut jadual.
Walaupun dalam keadaan demam,susukan bayi seperti biasa dan bagi ibu bekerja,mesti pam mengikut jadual supaya masih kekalkan paras prolaktin seperti biasa,ini untuk mengelakkan susu merudum apabila ibu dah pulih dari demam dan mula bekerja nanti.

4. Dapatkan rehat yang berkualiti.
Lumbrah ibu menyusu,amat jarang sekali kita mendapat tidur yang panjang umpama "sleeping beauty" jadi pastikan kita manfaatkan masa rehat dengan tidur yang berkualiti walaupun tempoh masanya singkat.Elakkan memasang televisyen atau radio semasa tidur.Seeloknya pasangkan bacaan Al-Quran atau zikir kerana gelombang dari alunannya berupaya merangsang penyembuhan badan dari dalam.

5. Amalkan pemakanan natural remedies untuk mempercepatkan penyembuhan.
Pengambilan makanan sebagai booster penyembuhan yang sesuai dengan tubuh amat digalakkan Cikgu susu juga mengamalkan minyak kelapa dara untuk bantu badan pulih dari demam.

6.  Jaga Kebersihan diri.
Pastikan ibu mandi seperti biasa.Elakkan batuk atau bersin berdekatan atau pada muka si kecil kita.Cuci tangan dan sabun setiap kali keluar dari tandas.

Jadi bagi ibu di luar sana anda masih boleh menyusukan anak seperti biasa.


Itulah tips yang dikongsikan dengan cikgu susu kepada para ibu yang menyusukan bayi tu..So..terpaksalah umi ikuti tips ni untuk terus menyusukan Naura.










Post a Comment

  1. Memang kesian tengok kalau demam salah seorang pun :(

    ReplyDelete
  2. Tip ini sangat bagus, tidak lama lagi akan menimang cahaya mata ke 5. Moga tiada yang deman antara ibu dan anak nanti.

    ReplyDelete
  3. tips yg bagus...semoga ibu2 diberika kesihatan yg baik selalu...

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sihat kak..tips yang berguna

    ReplyDelete
  5. alahai kakak...semoga cepat sembuh...moga-moga budak berdua tuu sihat je..kesian pulak kalau anak kecik demam kan

    ReplyDelete
  6. bagusnya tips ni, semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. Ahaaaa x de kesan buruk ke atas bayi rupanya baru tahu..ini ilmu baru ni

    ReplyDelete
  8. memang betul, ibu menyusu boleh menyusukan. malah lebih baik, sebab tingkatkan imuniti anak terhadap virus yang mak dia ada.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top