5
Assalamualaikum

Nampaknya naura dah ada peningkatan dari tumbesaran dirinya.Dahpun tumbuh sebatang gigi.Dan sekarang ni,nampaknya dah mula duduk dengan tegak.Kalau dulu ada la jatuh sikit-sikit..Sekarang ni dah tegak jugak duduknya..So,bila nak pi makan,letakkan je dalam Baby chair,dia ok je,

Cuma belum nak merangkak je..Dah angkat bontot,cuma nak merangkak jelah yang belumnya..mungkin belum berani lagi..Dalam majalah Pa&ma aku ada terbaca bagaimana parents dapat membantu bayi menguasai kemahiran merangkak..Mungkin aku boleh apply kat naura nanti.

Psstt...Pernah juga beberapa kali dirikan dia,ada masa lama juga dia berdiri,,lepas tu dah malas kot atau dia tak berani..Sebagai ibu-bapa ,of courselah kita seronok kan melihat perkembangan anak kita kan.

Jom aku share kat sini apa yang perlu kita buat untuk merangsang anak menguasai kemahiran merangkak.

Source:google


1. Telangkup/tiarapkan bayi dengan kerap.bayi akan belajar mengangkat kepala,badan dan mula bergerak dengan perutnya.Untuk merangsang bayi merangkak ,anda perlu selalu buat begitu.(yang ni memang dia dah selalu buat,sebab tu aku jarang letakkan dia dalam walker)

2. Kurangkan penggunaan baby walker dan jika boleh elakkan menggunakannya.Anda juga perlu elak daripada kerap mendukung bayi kerana ia boleh membantutkan proses perkembangannya.
3. Biarkan bayi bergerak di ruang yang luas,selamat dan bersih.Sediakan tikar lebut agar bayi lebih selesa untuk merangkak.

4. Pastikan ruang di rumah selamat.Segala plug point tidak mudah dicapai oleh bayi.Kemaskan wayar televisyen,komputer dan lain-lain supaya bayi tidak menariknya.

5. Pasang alat khas untuk keselamtan bayi pada bucu-bucu meja dan sebagainya.

6. Pastikan ruang lantai sentiasa bersih daripada habuk,sampah,objek tajam dan kecil kerana bayi pada usia ini gemar memasukkan barang ke dalam mulut.

7. Letakkan mainan di hadapan bayi agar dia tertarik untuk mencapainya.Sekiranya bayi berjaya mengambil mainan tersebut,tepuklah tangan dan berikan pujian serta ciuman kepadanya sebagai sokongan.

8. Boleh juga sediakan alat mainan yang baru membantu merangsang bayi untuk mengejar seperti bola yang lembut dan ringan dan boleh memantul ke sana sini.

9. Jika bayi masih kurang berminat untuk merangkak,beri contoh kepadanya dengan merangkak bersama bayi anda.

10.  Sekiranya bayi merangkak dengan cara kurang tepat,seperti bear crawl atau merangkak dengan kedua kaki diluruskan,maka anda haruslah membetulkan caranya itu.


Nampaknya kalau cepat dia merangkak,maknanya raya ni dah berjalan..hahaha...umi yang excited..Boleh la dia beraya dengan kakak Fiyah

Jom..belanja gambar satu budak berdua ni

Nampak tak,besar adik dari kakak kan..kan...


Post a Comment

  1. Hii.. Pencarian sponsor. jemput ke page saya :)
    http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/pencarian-sponsor-giveaway-mei-by-ann.html

    ReplyDelete
  2. ye..maknanya raya ni mula jalan jatuh la..stnby la nak kejar nanti..heheh

    ReplyDelete
  3. sama laa dengan fathia dekt umah tuu..sedg berusaha lg..

    ReplyDelete
  4. bagus naura dah pandai duduk..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Insha Allah.. Satu hari dia akan berjaya..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top