2
Assalamualaikum

Sejak bertukar jawatan baru ni,memang super duper busy.Mana nak layan local pekerja,foreigner yang pelbagai karenah..

Maknanya,kerusi ni tak sempat nak panas untuk aku duduk.Bila dah kepenatan,balik rumah,tak sempat nak buat itu ini,Dapat merehatkan diri pun dah syukur.Tapi aku tetap happy buat kerja macam ni.Cuma kaki nilah yang dok naik lenguh turun naik tangga je.

Bila dah penat,nak bangun pagi pun liat.Tu yang kekadang tak sempat buatkan Naura bubur..Actually kalau dulu,aku memang bangun pagi untuk masakkan bubur Naura.Bagi kat babysitter panas-panas lagi.Nanti babysitter tinggal blender je bubur tu.Tapi bila dah selalu sangat kesiangan dan selalu sangat termissed buat bubur,itu yang parah tu.Kesian pulak kat babysitter sebab terpaksa masakkan bubur untuk naura.Naik segan la pulak..Yelah,bayar taklah tinggi mana,jadi macam tak fair pulak dia buatkan semua untuk Naura.Walau dia tak kisah,tapi aku kisah..hehehe...Hati babysitter pun kena jaga jugak..Dia pun penat jugakkan kat rumah..Memang ada yang akan cakap,dia dibayar..Tapi bila fikir balik,Kita kekadang yang dok rumah dengan anak pun,kepenatan tau..Kang ada yang hilang marah,belum termasuk lagi..So,sama-sama tolong menolong..kan ke bagus..Bukan senang weh nak cari babysittter yang tak berkira ni..

So untuk memudahkan kerja aku dan dia,setiap malam,maksudnya dua kali sehari aku akan prepare bubur frozen untuk Naura.

Cara buatnya senang je..kalau korang rasa nak letak ayam dalam bubur,maka korang kena asingkan dengan yang lain-lain.Macam yang aku buat .Aku akan masak bubur dan letak ayam cincang dalam tu.yang sayur-sayur tu aku akan rebus(kalau korang boleh kukus,terpulang kat korang).Nanti waktu blend tu,korang boleh la campurkan sayur-sayuran yang korang nak,tapi make sure sayuran tu bersesuaian dengan anak korang.kalau minggu ni aku letak ayam,minggu depan aku letak ikan bilis pulak.
Sayuran yang selalu aku letak adalah lobak,kentang,sawi putih,brokoli..Emm..tu je kot...Sawi putih tu selalu aku campur dengan ikan bilis dan sedikit kentang..baru sedap,rasa lemak..Tapi no salt Okeh!!

As parents kan,kena pelbagaikan makanan,baru anak-anak suka..Tapi buat masa ni Naura tak pernah menolak lagi makanan kecuali dia kenyang.

Dua bekas untuk sehari.

Selalu aku buat tak banyak..Risau buat banyak-banyak kang tak sedap pulak rasanya.Dua hari sekali selalunya aku buat..

Sehari memang dua bekas..Pagi dan petang.Tapi ada bagi lagi extra biskut untuk Naura..Kuatkan makan sekarang ni.Susu pun kuat!!!

Selagi dia happy,ummi dia pun happy..syukran..

Post a Comment

  1. sy skrg ni bg alma puree buah dan sayur..nanti masuk 7bulan baru stat bubur plak..

    ReplyDelete
  2. yup, dulu masa Zhafran kecik kak Alycia pun buat macam ni. time management itu penting kan ;)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top