2
Assalamualaikum

Tuari dua hari tanpa berita...Walaupun takde yang kisah pun..muahaha...MC selama dua hari.Bila check doktor,doktor kata tekanan darah rendah.patut ler rasa pening-pening lalat.Bila nak bangun tu,mesti rasa nak pitam..Pernah dulu check,tekanan darah tinggi..aku pun tak berapa nak pasti kenapa.
Tak sure pulak sebab apa,nak kata stress tu biasa je rasanya..Nak kata pemakanan pun,macam biasa..emm...tak taulah kenapa.Rata-rata di kalangan masyarakat kita ni jarang kena tekanan darah rendah kan..Korang tau tak apa itu tekanan darah rendah.
source: google

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan manusia.Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut-120/80 mmHG.Nombor atas(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Seperti artikel yang aku baca disini,sebenarnya masih ada cara mengatasi Darah rendah.Setiap penyakit tu ada ubatnya kan..Insya allah..Jadi kita kena usaha sebaik mungkin mencari penawar untuk setiap penyakit tu selain berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit kita tu.Hakikatnya mungkin Allah swt tu,nak supaya kita dekat dengan dia,sebab bila sakit ni,kita akan sentiasa untuk berdoa kepadaNya untuk kesembuhan penyakit kita tukan..wallahualam.

Seperti yang aku alami iaitu tekanan darah rendah ni,terbaca di artikel ini,Tekanan darah rendah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi darah ringan atau berat,radang pada organ-organ tubuh seperti pankreatitis akut,kelemahan pada otot dari denyutan jantung yang lambat,dan lain-lain juga dapat menyebabkan tekanan darah rendah.Bahkan beberapa pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan keadaan ini.

Cara mengatasi Darah Rendah

1. Minum banyak air
Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi,sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air.Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah,seterusnya akan meningkatkan tekanan darah.Minum minuman bertenaga seperti 100 plus,revive juga disarankan kerana ia dapat mengekalkan tubuh dengan natrium dan kalium,yang akan membantu meningkatkan tekana darah dengan cepat.Pada kes yang serius,cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.

2. Meningkatkan pengambilan garam

Banyak orang yang akan membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.

3. Banyak makan makanan kecil

Tekanan darah rendah setelah makan atau hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.

4. Mengenakan stokin

Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

5. Meninggikan posisi kepala

Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.

6. Bangun secara perlahan

Jika Anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.

7. Minum jus segar

Jika Anda mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jusdelima dipercayai sangat membantu.

8. Makan kismis dan badam

Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan minum.

Cara mengatasi masalah darah rendah ni dah ada..Cuma apa yang perlu aku buat,ikuti cara-cara ni...Tapi nak mengikuti ni pun..emmmm...sekarang ni,nak minum air masak lebih 1 liter pun dah malas.


Post a Comment

  1. nice sharing akak.. lepas ni nak try amal pakai stokin la

    ReplyDelete
  2. nice sharing sis.. tasha memang salah seorang yang ada darah rendah...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top