5
Assalamualaikum

Lama dah tak bercerita pasal kakak fiyah kan..eh..yeke lama..Yelah..selalunya cerita pasal baby Naura je.Maklumlah,baby Naura ada je depan mata,Kak fiyah pulak,kat kampung.Segala aktiviti dia,umi kurang tau.Tapi walaubagaimanapun,umi taulah sikit-sikit sebab tiap-tiap hari umi akan whatssap nenek dia,tanya perkembangan kakak fiyah.

Dah masuk dua tahun ni,macam-macamlah perkara baru yang dia belajar,terutamanya tentang perkataan.Sekarang ni,kata-kata yang keluar dari sekelilingnya harus dijaga kerana kakak fiyah akan cepat belajar tentang perkataan baru tu.Dan berulang kali dia akan sebut tentang tu...Iskkk..bahaya.


Kalau dulu,umi ada hadiahkan dia whiteboard masa birthday dia,oh,korang yang nak baca boleh la baca di SINI.Umi memang sengaja belikan benda ni untuk mengasah motor skill dia.

Sekarang ni,kemana-mana(dalam rumah ler) dia akan bawa wooden board tu.Bila orang sentuh ,dia marah.Dia tak kasi orang pegang pun..iskk...kedekut sungguh..Dia memang jaga barang yang dia suka.memang payah nak mintak.Lagi satu beg yang baru diberikan oleh mak long dia.memang bertahan la sangkut kat badan tu.
Tengoklah tu,bila tengok tv pun dia angkutnya sekali sebelah dia..Apa yang dia conteng pun umi tak tau.

Takpelah..lama-lama biasakan dia pegang pensil,kapur dan kertas,insya allah...Makin pandai lah dia kan.

Sebagai ibu ni,apa yang anak kita buat,demi kebaikkan dia,kita kena support..At least ajak bermain sekali.

Post a Comment

  1. yes aida setuju.
    kita kena support.
    biar dia conteng.
    biar dia lukis pe pe yg dia nak.
    later bila dia da faham, baru kita didik ke arah yg betul.
    teringin aida nak beli la board tu.
    tapi nak cari yg whiteboard.
    anak2 semput, kapur tak brape mesra utk diorang...

    ReplyDelete
  2. dah besar Fiyah.. cptnye nye masa berlalu kan..

    ReplyDelete
  3. Bebudak kat umah nie memang suka menconteng @melukis ... Saya mmg sediakan kertas utk dia org menconteng... Klu tak buku tulis yg lama2 akan jadi mangsa...

    ReplyDelete
  4. biar je mreka mnconteng..bgus utk otak..lg satu klau yg suka conteng dding..kita letak je kertas majung kat dinding..then..bg je mereka conteng..hihi..kita pun boleh buat krja..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top