1
Assalamualaikum

Apa yang ditakuti akhirnya terjadi jugak.Naura dah jatuh katil.Selama ni,rasa macam dah selamat bila letakkan bantal di sekeliling dia tidur.Rupanya tidak..

Kesian budak tak sihat!!!


Memang sebelum ni rasa khuatir jugak bila dibiarkan tidur di atas katil.Nak tidur bawah bukan tak boleh,tapi bab nak mengemas balik tulah yang malas.Lagi satu buatnya umi dia ni terlajak tidur,tak terkemas la pulak tilam bantal bagai tu..Dah rumah bersepah..Iols ni memang pantang kalau balik rumah,rumah bersepah..Walaupun diri sendiri yang sepahkan...bhahahaaa...

Kisahnya,Si naura ni dahlah malam tu kena neb!!pepagi buta dengar dia dok teriak.Kuat beno bunyinya tu.Cari-cari kat atas katil,rupanya dah jatuh di bawah hujung katil.kelam kabut si umi angkat dia..kejut babah bukakkan lampu..Tengok kot-kot berdarah ke hape..uishhh..risau amat dah umi ni.

Peluk dia kuat-kuat,bagi tenang nangis dia tu.Lepas tu terus check,kaki tangan dia,kot lah terseliuh ke ape ke.Check kat muka ,rupanya ada benjol kat dahi..uih,,,biru dah tempat benjol.Tuam dengan tuala,bagikan air kat dia,alhamdulillah la..Nangis dah berhenti..Macam dah fobia kejap..

Terus esok tukar posisi tidur..Tidur dan kepala kat bawah katil..at least bila dia tidur makin ke bwah,kena kepala katil kan...Letak bantal tinggi sikit..Kalau jatuh jugak,memang terpaksa turun katil.uihhh...Budak kecik ni,semakin agresif..Kakak dulu memang tak tidur katil,dia tidur kat tilam.Dulu duduk rumah nenek,umi pun tak sanggup nak bawak kakak hari-hari naik rumah atas..Last-last,memang tidur bawah je..Tu yang selamat sikit..




Post a Comment

  1. tulah kan kepung dengan bantal,,bantal pun jatuh...
    tu biasa kurung si kecik kat babycot..huhu

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top