7
Assalamualaikum

Cerita ni berlaku pada hari bitrhday girl..hehehe...baru hari ni nak share.Bukan tak menyempat,cuma..emmmm..malas lah nak cerita lagi pasal komputer buruk aku ni.

Oklah..Potluck ni bukan satu department..ada lah dua tiga department yang join.Cumanya,dalam satu department tu bukannya ramai pun orangya..Of courselah yang join portluck ni cuma perempuan sahaja.

Kami berenam masa tu saja je bercadang nak berpotluck.Lama kot tak makan-makan dan masak sendiri.So,bila dah together makan tu,nampaklah kan kemeriahannya..

Mungkin selepas ini akan kerap ber potluck lah kami memandangkan seronok makan bersama-sama di dalam office ni..hehehe..Walaupun menu kami tu tak sekadar ala-ala sahaja,tetapi tetap menjilat jari kan..hehehe..
Siap bawa periuk nasi..baru best makan panas-panas kan nasinya tu...


Inilah antara menu kami pada tengahari tu,biasa-biasa je..Tapi meriah..hehe

officemate aku..kurang lagi dua orang yang menjoinkan potluck hari tu..hehe
abaikan orang yang terlebih excited tu

Potluck ni bagus sebenarnya..Bukan hanya dengan rakan-rakan,tetapi adik beradik,family semuanya boleh.Potluck ni boleh menjalinkan dan merapatkan hubungan kita sesama kita.Apa itu Potluck??

Potluck
Amalan potluck ini banyak diamalkan di kebanyakan pejabat mahupun sekolah ataupun kilang,pendek kata di mana-mana sahaja.Ini boleh dikatakan win-win situation,kita bawa,kita pun dapat kenyang.Kan seronok!
Saya memang tak sabar bila tunggu hari nak buat potluck sebab masa ni lah nak makan yang sedap-sedap.Tapi malangnya sekarang saya tak berpeluang lagi nak merasai suasana potluck ni. Tunggulah nanti kalau dapat transfer sekolah baru,harap-harap dapat merasai kembali berpotluck.

*Pada sesiapa yang tak tahu apa itu potluck,Potluck ialah satu keramaian ringkas di mana setiap orang membawa juadah/makanan/lauk/snek yang berbeza dan dimakan bersama-sama.Dilaksanakan samada seminggu sekali,2 minggu sekali atau sebulan sekali,terpulang pada komuniti tersebut.Tapi sebelum tu eloklah berbincang dulu,manalah tahu tiba-tiba semua orang bawak juadah yang sama tak ke haru.(Ini definisi saya sendiri).



Kira,memang baguslah kan potluck ni diadakan..next week kita berpotluck lagi ye


Post a Comment

  1. seronok potluck kat opis..bleh jd satu kepala.. skrg kat opis sume org baru.. nk buat pun mls..

    ReplyDelete
  2. Best sangat putluck ni kat opis kan kak ...tapi kena ada geng yang rajin potluck gak la. kena ngan kaki makan aje tapi tak sumbang memang kelaut jugak hahaha ... sedap2 nampak makanan tu ...haihhhh :D

    ReplyDelete
  3. Kalau dapat geng yg sama bangsa senanglah Eda
    Macam kakak ni sorang aje Islam.. memang tak adalah
    Tapi kakak di office memang masak tau jgn tak tahu
    Kakak ada rice-cooker dah berbelas tahun kakak guna sampai sekarang.

    ReplyDelete
  4. Best....best ...kalau dpt yg sporting kan KD. Betul.... kalau makan reramai berebut berebut gitu mmg sedap. Agaknya berkat kot...

    ReplyDelete
  5. Best....best ...kalau dpt yg sporting kan KD. Betul.... kalau makan reramai berebut berebut gitu mmg sedap. Agaknya berkat kot...

    ReplyDelete
  6. Salam, haha seronok kan berpotluck ni, even masak sikit je tp bila berkongsi, jadi pelbagai..meriahh dan makan pun happy...semua dpt rasa.. :D

    ReplyDelete
  7. aida and opismet da plan nak potluck before ramadhan nanti.
    potluck besar2an :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top