2

Assalamualaikum

Dah jadi ibu bapa ni,banyak sebenarnya ilmu yang perlu kita pelajari dan patut kita tahu.Nak mengajar anak di zaman teknologi canggih ni memang tersangatlah mencabar.

Selain dari usaha mengajar mereka,perlulah diiringi dengan doa supaya Allah swt tu permudahkan urusan untuk kita mengajar anak-anak kita.Banyak ilmu yang perlu aku pelajari untuk mendidik anak-anak aku dimasa sekarang ni.Banyak doa-doa yang patut kita tau dalam kehidupan kita seharian untuk diamalkan.Salah satu yang aku baca disini adalah doa dari masakan ibu.
Source:google

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap.
Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.
Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.
Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.
1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Ada sesetengah doa yang selalu aku amalkan setiap kali memasak bubur untuk Naura..Banyak lagi doa-doa yang belum aku praktikkan..Semoga dengan ilmu ni,aku dan readers yang lain dapat manfaatnya.







Post a Comment

  1. mudah mudahan menjadi amalan. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top