1
Assalamualaikum

Insya allah..Jika diizinkan Allah swt,maka awal bulan depan berpuasalah kita kan.Tak nak sentuh samada korang dah ganti puasa ..Korang dah besar kan :)

Ni nak bercerita pasal persiapan hari raya..Haruslah ada tips jugak kan untuk mengelakkan pembaziran.Especially dalam membuat persiapan membeli baju raya ni.


Bukannya apa, seperti orang lain jugak,aku pun ada keperluan raya yang rasanya banyak dalam senarai.Tak tau bila lah nak mulakan untuk pencarian baju raya.Tapi untuk baju tema tahun ni,rasanya dah dalam persiapan.Sebabnya dari bulan lepas lagi aku dah hantar ke tukang jahit.Bukan apa,kalau lambat nanti diorang taknak pulak.

So untuk baju anak-anak,kena kot cari awal-awal.bukannya apa,malas nak bersesak time puasa tu.Lagi satu keletihan kan kalau nak shopping time puasa.Lagi satu perbelanjaan tu kena fikir-fikirkan juga.Kalau dari sekarang kita dah ready.Nanti gaji bulan puasa dah boleh buat persediaan untuk sediakan duit raya,juadah raya dan juga keperluan-keperluan lain juga.Lagi satu aku nak ingatkan untuk diri aku sendiri.Simpanan lepas raya tu penting supaya lepas raya nanti taklah kita makan angin.hahaha..betul dak!!

Dah dalam perancangan,gaji bulan ni mesti settlekan baju anak-anak.Insya allah,akan diguna pakai tips di bawah ni untuk selamatkan poket daripada boros berbelanja.

1.Senaraikan perbelanjaan yang perlu dibuat.
Sebelum tulis perbelanjaan yang ingin di buat,lihat baju-baju di dalam almari .Jika ada yang masih cantik ,elok dan baru pakai sekali dua,maka tidaklah perlu dibeli lagi.Namun untuk anak-anak,selalunya baju mereka dan tak berapa muat  kerana mereka cepat membesar.So utamakan yang perlu sahaja.
 http://www.thevocket.com/tips-berbelanja-persiapan-raya/
2.Gunakan Kaedah Sampul
Selepas menyenaraikan perbelanjaan contohnya untuk membeli pakaian anak-anak.Misalnya budget untuk baju anak-anak rm500.so masukkan rm500 tu siap-siap ke dalam sampul.Jika kita mempunyai anak lebih dari seorang,boleh la agih-agihkan juga budget untuk seorang,contohnya

budget baju along-rm150
Budget baju angah -rm100
budget baju adik-150

Dan seterusnya.

3. Tetapkan masa yang selesa
Pilihlah masa yang paling selesa untuk anda sekeluarga keluar untuk shopping.Jika berbelanja pada bulan puasa,pilihlah pada waktu pagi(orang yang pertama masuk kedai)atau pada waktu malam.Beritahu anak kecil sehari sebelum berberlanja,dan ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah,apakah tujuan keluar rumah,berapa lama yang diperlukan,supaya mereka dapat memberikan kerjasama ketika membeli belah.Emosi ibu bapa tak terganggu sebab anak-anak kecil pun tidak berapa nak meragam.

4.Pilih kedai yang menawarkan harga yang menarik.
Sebelum nak berbelanja tu,perlulah survey shopping mall mana yang memberikan atau menawarkan harga yang terbaik untuk keperluan sekeluarga.Jadi tak lah masuk banyak shopping mall semata-mata untuk survey harga kan.

5. Tinggalkan kad kredit atau kad debit untuk mengelakkan wang berlebihan di guna pakai.
Betul tu kan..Selalunya kalau kita tak buat budget awal,akan terjadilah terpaksa keluarkan duit lagi dari atm atau menggunakan debit.


 Begitulah beberapa tips yang perlu kita sama-sama lakukan untuk mengelakkan diri kita boros di zaman ekonomi sekarang ni.Bersederhanalah dalam perbelanjaan.Rasanya tips ni selalu jugak aku gunakan setiap kali hari raya.Aku lebih suka beli sikit-sikit.Sebab nak sekaligus membeli untuk anak-anak tu tak mungkin kot.Yelah..gaji pun bukannya besar.Kalau nak harapkan sebulan gaji untuk settlekan keperluan semua tu memang tak mencukupi.kalau dapat bonus sebelum raya pun dah cukup memadai..syukur...









Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top