3
Assalamualaikum

Cirit Birit pada budak?Sedangkan kita kalau kena cirit birit pun tak senang duduk dibuatnya.Mana kena skait perut,mana nak ulang alik ke bilik air.Sat lagi melecet pulak pooopoo..

Tapi bila kena si baby ni,kesian pulak rasanya asyik ceri beri je.Lagi satu kalau dah kerap sangat basuh poopoo dia tu,confirmlah melecet.Ha..Bila cuci,meraung,satu rumah dengar.aku pernah ceritakan di entry ini tentang naura kena cirit birit.


cirit birit

Source:google
Apa punca cirit-birit?

Cirit-birit disebabkan virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sekali sebelum mereka berusia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.
Jangkitan ini akan menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

a. Alergi terhadap sesetengah makanan.

b. Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.

c. Selesema.

d. Pengambilan antibiotik.

e. Keracunan makanan.

f. Kekurangan enzim tertentu.

Apa simptom cirit-birit?

Jika bayi anda mengalami cirit-birit, pantau keadaannya dalam masa 24 jam. Jika serangan cirit-birit tidak serius, ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit-birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari, segeralah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Antara tanda-tanda anak mengalami penyahhidratan adalah:

* kulit atau bibir kering.

* letih dan lesu.

* ubun-ubun mengecut (bayi bawah setahun).

* menangis tanpa air mata.

* kaki dan tangan pucat.

* air kencing berwarna kuning pekat.

* kurang kencing berbanding biasa.

Apa yang perlu dilakukan?

1. Pastikan banyak minum air

Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, teruskan memberinya susu ibu. Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.  Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal, pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Beri air garam rehidrasi

Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3. Jangan minum jus buah

Jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan beri ubat cirit-birit

Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5. Jangan hantar ke taska/pengasuh

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain, jangan letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6. Jangan berenang!

Jika anak anda biasa berenang, seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

Untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan cirit-birit, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah berpindah daripada tangan ke mulut. Oleh itu pastikan anda mencuci tangan bersih-bersih selepas menggunakan tandas dan selepas menukar lampin bayi.



Bayi dan kanak-kanak ni memang cepat terkena penyakit ni.Dari pembacaan aku disini,kalau cirit birit berpanjangan diikuti dengan demam,harus segera dibawa ke hospital kerana ditakuti terkena serangan Rotavirus.

Apakah Rotavirus? Menurut Dr.R.Thanasegar, Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pantai, Ampang, Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin rota yang bermaksud roda dan virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.

Virus ini boleh mengakibatkan demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.


Sumber: pama

Risau Naura terkena cirit birit lagi.sebab semalam je.selang setengah jam dia akan berak.Tapi sekali tu jelah.Masih dalam pemantauan lagi..harap tak terjadi lagi.


Post a Comment

  1. Kalau kakak dulu bila baby kena cirit-birit memang tak bagi susu even breast-feed pun juga.
    Bagi aje air masak dan susu soya. Sekarang dah tak tahu biasa apa yg doktor bekal bila jadi macam tu.

    Harap adik cepat sembuh. Kalau kena ni Eda nanti cepat aje susut badannya tau. Kesian.

    ReplyDelete
  2. kesianlah kalau anak kena ciri-birit

    ReplyDelete
  3. mmg risau kalau anak anak kena cirit birit. Si kembar ni dah besar skit, akak bagi minum vitagen tiap kali cirit birit, InsyaAllah cepat baik

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top