3
Assalamualaikum

Budak sekarang! mudah sangat mengikut.Pantang bila tengok orang buat,dia pun nak buat kan.Sebab tu,masa umur-umur macam awfiyah ni,nak kena ajar benda yang elok je.

Yang tak elok tu,jangan dibuat depan dia.Begitu juga dengan perkataan..Laju je dia ikut.Lagilah pulak awfiyah sekarang sudah mula pandai untuk bercakap.Walaupun perkataan yang keluar dari mulutnya itu tak berapa nak clear,tapi ada juga butirnya.

Masa nilah umi suka sangat berbual dengan awfiyah.ada je keletahnya untuk buat orang ketawa.lagi pulak sekarang ni dah pandai selfie.Suruh uminya bukak camera.Kekadang nasib baik,dia tekan keluar camera.confirm banyak gambar dalam phone ni.

Bila dah jumpa kamera tu,1...2....3..peace!!!! emmm.kira pun dah pandai..cuma dia tak berapa nak hafal no 6.bila dah disebutnya 5,terus pulak tujuh..Masa ni umi lah yang kena betulkan..Kang sampai ke sekolah dia tak tau..

emmm..jangan kata mak tak payung nak oooi.
Dah la handphone umi ni berkecai sabtu yang lepas,alhamdulillah..nasib baiklah masih boleh digunakan..Kalau nak ganti cermin tu,rasa beratus jugak kan..Terpaksalah umi tukar lepas hari raya nanti.itu kesalahan umi sendiri.

Nampak gayanya awfiyah sangat suka berselfie.Bukan tu je,cermin paling dia suka tengok.Tapi umi tak terlalu nak biasakan sangat dia dengan cermin.

Dah mula berjinak-jinak dengan buku sekarang ni.Beli jelah colouring book dan juga pensil warna..memang rajin dia cari popo..



Post a Comment

  1. comelnyaa dia..

    Jom sertai giveaway kami http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html, banyak hadiah menarik untuk dimenangi.

    ReplyDelete
  2. Makin pintar kkak awfiyah..jdi cth pda adik nnt ni da bsr

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top