3
Assalamualaikum

Lama tak bebel-bebel pasal anak ni.eh..yeke takde cerita.Cuma kurang post entry..Aku post entry yang lama-lama je..Sebab yang lama pun korang tak baca lagi kan..agagaga..

Busy sikit dengan Plan Family day untuk esok.By the way,aktiviti esok selepas balik kerja iaitu pada tengahari aku akan bertolak ke Teluk Sepang yang tak berapa nak jauh dari rumah aku.Plan ni pun antara officemate aku jugak la..Kira tidur semalaman je.Maklumlah..Esok kitorang bekerja halfday.

Oklah..Nak cerita pasal anak dara sorang ni yang sekarang ni sangat² lah tak boleh duduk diam..Ajer bersepah je kerjanya..Kerja maknya pulak asyik dok mengemas.Tapi itupun setelah puas tengok anaknya tu berkemas.Bila duduk kat walker,amboi,kemain laju lagi dia drift.Kalau duduk bawah pulak,kemain laju dia kona baring masuk bilik,paut katil,paut meja.Ngerinya bukan main lagi,rasa nak gugur jantung umi takut dia jatuh kebelakang.

Bila letak mainan kat depan dia,ajer eksyen tengok kelip-kelip mata minah sorang tu.Belum lagi dengan kakak fiyah dia.Hah!! lagi harapan umi dia nak duduk diam.Bukan kakitangan je tak boleh diam,mulut ni pun tak berhenti mengomel dengan anak dara dua orang tu.

Kekadang terfikir jugak,apa lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak ni.Bukan apa,jenis anak² aku ni,bukan boleh nak main setempat je.Mainan pun tak heran tau.Apa lagi.dengan kepantasan internet dan segala jenis tips dapat juga umi dia kongsikan dari artikel yang dibaca disini.Belilah mainan mahal mana,mainnya sekejap je..Lepas tu kembali aktiviti mengemas budak² ni.Antara yang aku baca ni ha!! 10 aktiviti bermain bersama bayi sepanjang hari.Ha!! lepas ni takdelah mak ko ni bosan kan anak-anak solehah ni.


1. Bersiar-siar
Duduk di rumah sepanjang hari pasti bosan, bukan? Apa kata bawa bayi anda keluar rumah, melawat jiran mahupun saudara mara, pergi ke mini zoo atau padang permainan. Bersiar-siar sambil bercerita keindahan ciptaan Allah. Membiasakannya dengan dunia luar. Sesekali galakkannya menyentuh ciptaan Allah seperti daun,bunga,air dan sebagainya.
2.Membaca untuk Bayi
Walaupun bayi anda belum pandai membaca,Namun ianya bukanlah penghalang untuk kita membacakannya buku.Bacalah untuknya cerita dengan suara yang jelas dan gaya yang tersendiri.Bayi anda pasti terhibur melihat gelagat anda membaca.
3.Bercerita,menyanyi dan menari.
Ceriakanlah hari anda sepanjang hari bersama bayi .Dia pasti suka mendengar lagu-lagu nyanyian anda,melihat riak wajah anda bercerita dan gerak geri ketika menari.Ia sangat bagus untuk merangsang mindanya.
4.Bermain,berguling dan bersenam.
Bermain adalah dunia anak-anak.Bermainlah dengan bayi anda mengikut keperluan dan perkembangannya.Bersenam juga adalah satu aktiviti yang menarik.Pasangkan muzik yang harmoni ketika anda bersenam bersamanya.Dia pasti teruja.
5.Mengurut bayi
Tahukah bahawa urutan sangat bagus untuk bayi.Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari.Biasanya urutan dilakukan selepas mandi.Urutnya perlahan sambil bercerita.Katakan kata-kata yang baik.Inilah salah satu waktu yang sangat membahagiakan.Namun anda jangan terlebih urut,Jika anak sudah menunjukkan tanda sudah cukup atau bosan,tukar kepada aktiviti lain.Pernah aku ceritakan di entry ini tentang urutan bayi.Baca entry tentang Bayi lebih bijak kalau kerap diurut dengan hanya 5 minit
6.Bercakap dan berbual dengan bayi.
Siapa kata bayi tidak memahami kata-kata kita?.Berbual dan bercakaplah dengannya.Katakan yang baik-baik dan sentiasa mendoakannya juga.Biar dia dengar suara anda.Dia dalam proses berkenalan dengan ibunya.Pupuklah kasih sayang dan kecintaan ini dengan perbualan.Dia pasti menyukainya.
7.Susukan,makan dan tidur dengan Bayi
Jangan lepaskan peluang menyusukan sendiri bayi anda dengan susu ibu.Inilah aktiviti yang paling memberikan ketenangan kepada ibu dan bayi.Alangkah ruginya jika anda boleh dan  mampu untuk menyusukan bayi anda tetapi anda tidak mahu melakukannya.Waktu inilah bayi sangat tenang.Anda boleh berbual dan bernanyi untuknya ketika ini.Usapnya dengan lembut sambil mendoakannya.Jika anak sudah boleh makan,raikan kegembiraannya.Biarkan dia cuba memegang sudunya sendiri.Biarkan dia bereksperimen.Biarkan dia teroka dunianya.
8.Blog atau Scrapbook untuk bayi.
Ini pasti menjadi aktiviti kesukaan anda dan bayi.Titipkan kenangan anda bersamanya dengan mewujudkan blog khas.Anda rekodkan perkembangan bayi dan berkongsi bagaimana anda menikmati masa-masa hebat ini bersamanya.Anda akan seronok mengambil gambar dan mengabdikannya di dalam blog.Bagi Scrapbook pula,anda boleh melakukan aktiviti kraf bersama anak seperti catkan tangan kecilnya dan cop di atas kertas.Kumpul dan jadikannya scrapbook.Ianya pasti menyeronokkan.
Rasanya dari kecil hingga lah dia dan kakak dia dua tahun,ada je entry untuk mereka berdua ni.
9.Mandi
Aktiviti mandi manda adalah aktiviti yang mengujakan bayi.Lengkapkan peralatan mandi dengan beberapa barang permainan yang selamat.Main dan berbual ketika memandikan bayi anda.Sesekali pasti anda terdengar suaranya ketawa kerana geli hati .Namun hadkannya,usah terlalu lama.Takut bayi akan kesejukkan.
Kalau aku,aku lebih suka suruh dia merasai air yang keluar dari paip.lagi satu,bekalkan dia cawan kecil untuk dia belajar untuk menadah air,
10.Rehat
Tidak sepanjang masa anak perlukan aktiviti.Dia juga memerlukan ruang untuk menyendiri dan berehat.Biarkannya sendiri di atas tilam.Jika dia penat,dia akan tidur dengan sendirinya,Jika dia memerlukan anda,pasti dia mula menunjukkan reaksi dengan merengek.
Itu jelah perkongsian aktiviti yang kita sebagai ibubapa ni boleh buat untuk anak kan.Selalunya Naura akan tidur waktu pagi,tengahari dan petang.Petang tu pun kadang-kadang je kalau dia dah tidur terlalu lama masa tengahari.Kalau kakak fiyah,tengahari aku akan pastikan dia tidur dan bangun sebelum pukul 3 atau 4.kalau tak malam dia akan tidur lambat la jawabnya..





Post a Comment

  1. excited nak ada baby. tapi lama lagi fae nak nikah huhuhu.

    ReplyDelete
  2. byk aktiviti nyer.
    mostly perkara2 nature kita buat kat umah kan :)
    kalu nak dipk kan dgn bebetul, memang payah.
    so apapun kerja rumah yg kita buat, kita buat dgn anak2.
    keje selesai. anak happy. emak happy :)

    ReplyDelete
  3. Saya tak de baby lagi dah... semua dah mula nak membesar... ada kala masing2 ada hal, tinggallah kat rumah sorang2 sendiri hehee... :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top