4
Assalamualaikum

Dua hari bercuti.Asyik bercuti jelah kan kerjanya.Nak buat macam mana,kalau dah tak sihat baiklah ambil mc dari kerja pun tak fokus.

Bila dah dua hari mc ni,umi ambil kesempatan la untuk menghabiskan masa balik ke kampung.Memanglah tak dapat nak berehat dengan sewenang-wenangnya.Tapi bila dah dapat jumpa dengan anak-anak ni.Hilanglah segala sakit,penat.letih dan sebagainya.

Dikesempatan tu jugaklah umi dapat merakamkan moments indah antara dua beradik ni.Esok² besar,jarang dah dapat ambil gambar mereka macam ni kan.
Kakak fiyah ni bila baby(Naura) balik sana,kemain suka lagi.Ada kawan gaduh.Tapi selalu sangat kalah dengan adik dia.Apa taknya,apa yang kakak ada,itu yang adik nak.dan apa yang adik ada,tu jugaklah yang kakak nak.Kekadang tu,berebut,bergaduhlah jugak.

Selalunya adik yang mengalah bila ada perebutan macam tu.Adik tu diam jelah kalau kakak dia rampas barang yang dipegang..Tapi dalam diam tu,ada jugaklah kena serangan gigitan dari adik.Maklumlah,adik tu dah gatal gusi.Memang sedaplah dia menggigitnya.

Biar gambar berbicara

Dapat keluar outing dengan anak-anak dara ni..Seronok melayan walau rasa kelam kabut.Nak cari baju raya diorang pun rasa kelam kabut.


Post a Comment

  1. Memang kelam kabut.. Memang sementara nak besar gtulah..

    ReplyDelete
  2. comel jer, layan je la sementara ada cuti, hehe

    ReplyDelete
  3. ya Allah ..teringat masa kakak dan adik kecik2 dulu. Beginilah dua beradik tu ..bermain bergurau usik mengusik pastu buat ibu pening hahahaha. Kak kena hargai moment ni ...sy dah start rindu dah ni :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ida...tomey adik beradik ni...kelam kabut sekejap jer dah besar senang nanti...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top