2
Assalamualaikum

Alah..biasalah..kekadang tu bila tengok sesuatu cerita tu,bila tak start dari mula kekadang tu bila terjun je ke episode dah tengah-tengah,rasa macam tak best kan.Tapi bila dah tengok awal,macam dah best..haruslah kita akan ikut episode seterusnya kan.

Tapi kekadang jugak,episode tengah-tengah tu pun boleh buat kita syok tengok,sampailah episode last.Sekarang ni kan dah menjadi trend cerita di tv diadaptasi dari novel-novel.Sebab tu tajuk cerita tu pun kekadang pelik.

Tengok jelah tajuk cerita "Mr.Boss Ms Stalker" ni.Kan ke pelik..Tapi bila dah tengok tu macam syok,emm...memanglah aku akan ikut episode seterusnya..Tapi adakalanya tertinggal lah jugak kan.

Mr boss miss stalker



Sinopsis Mr.Boss Miss Stalker 
Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

WATAK PELAKON
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil


Bagi aku jalan cerita ni,oklah...Gandingan Mia ahmad dan Ashraf Muslim.Rasa lakonan Mia Ahmad lebih better dari lakonan-lakonan sebelumnya.Cuma watak Ashraf Muslim tu macam kaku sikit la..Mungkin watak dia memang tegas.tu mungkin lah kan..Apa pun best untuk ditonton...


Post a Comment

  1. kalau cerita drama biasanya fiza akan tengok marathon secara online dari awal sampai episod dekat nak habis. hihi

    ReplyDelete
  2. Lya download je drama2 ni blm tgk lgi, tunggu da kelpgn hihi

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top