2
Assalamualaikum

Harap korang tak bosan baca entry aku ni..yelah.asyik dok cerita pasal anak je kan...Tapi aku tak paksa kalau korang tak nak komen kat entry ni..nak baca je pun boleh..takde masalah pun.

Pernah dulu aku ceritakan tentang 10 cara rangsang bayi merangkak.Dalam entry ni aku ada share tentang rangsangan untuk bayi cepat merangkak.Yelah,kat rumah tu pun bukan ada pape pun..Jadi sangat luas untuk dia merangkak ke mana-mana.Cuma nak kena pantau sebab tiba-tiba je dia kan hilang.Dimana dia menghilang?? Haruslah di dalam bilik.Bila dah dalam bilik tu,mulalah dia mengemas baju-baju umi di tingkat baju tu..Bila merangkak dah bermula,dia akan berdiri pula.Pantang ada tempat yang boleh membantu dia untuk berdiri.


Bila tengok dia berdiri kat buai ni,memang seriau je tengok..Tu pun dah jatuh-jatuh
Naik balik jugak.
Biasalah budak kan,tak pernah serik untuk melakukan sesuatu..Selagi boleh dia akan cuba.
Ni pulak dekat bilik..
Dalam rumah memang takde sofa pun..Al-maklumlah..baru nak hidup berdikari..banyak yang takde..

Sekarang ni,memang dia semakin aktif untuk merangkak dan berdiri..Bila berdiri tu,pandai pulak nak lepas-lepas tangan...apakah raya nanti dia sudah pandai untuk berjalan..Umi pulak tak sabar nak tunggu si adik ni berjalan..Nanti boleh la together dengan kakak pi beraya...sweet kan??





Post a Comment

  1. budak time nie kne jaga dan pantau je takut dia jatuh.. lasak tu biasa la..

    ReplyDelete
  2. Cepat juga adik ni nak memapah.
    Tak lama kerja main kejar-kejar ajelah dgn si kakak ni:)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top