2
Assalamualaikum

Kali pertama kena tu,aku ingatkan takde pape..Malam selalunya dia akan berak.Itupun lepas minum susu.Tapi petang tu,dia dah mula berak cair.Mula -mula memang tak kisah sangat kan sebab baru sekali je berak.Menjelang malam,dia berak lagi.Kali ni pun sama,berak cair.Selang sejam tak silap aku,eh!! dia berak lagi..Ah sudah!! Kena cirit birit pulak dak naura ni.

Hati dah mula risau sebab takut dia merengek.Esok paginya pun sama,Berak cair jugak.Aku banyakkan minum air masak,dan aku kurangkan scop susu dia.Petang aku ambil dia dari rumah pengasuh,pengasuh pun cakap dia merengek je.Balik rumah memang dah nampak merah melecet.Mungkin sebab cirit birit tu.

Dia memang tak senang duduk,asyik merengek je.Bila dia berak,rasa aku pulak nak menangis.Apa taknya,bila basuh confirm dia akan menangis macam orang kena pukul.Hari kedua pun aku biarkan jugak..iskkk!!! Dah rasa menyesal biarkan sampai hari kedua.
Petang balik kerja semalam,terus aku bawa dia ke klinik.Takut melarat jadinya.Lagi satu kesian sangat kat dia setiap kali nak basuh poopo dia tu.
Pergi klinik Abdullah di Kota masai.Doktor check tak de ape yang nak dirisaukan.Mungkin salah makan.Bagilah doktor ubat air garam.berak-berak,antibiotik,ubat kembung dan krim sapu.



Hari ni,alhamdulillah,takde berak-berak lagi.Cuma nak kena pantau sampai ke petang pulak.
As usual,apa yang terjadi pada anak,aku akan google tentang masalah tu.Jadi ada lah knowledge yang kita tau dan dapat dari setiap kejadian tu kan.

Ada Tips yang aku baca boleh mengelakkan kesan melecet semakin teruk.yelah,bila dah selalu sangat berak,macam tulah jadinya.Dari pembacaan aku disini ,cairan dari cirit birit tu terdapat kuman-kuman yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan.

Tips untuk elak kesan melecet makin teruk
  1. Apabila selesai anak berak,terus basuh atau kalau pedih,alirkan air dan lap najis perlahan².
  2. Pastikan kulit kering semasa memakaikan pampers atau lebih baik pakaikan dengan lampin kain untuk lebih selesa.
  3. Sapu ubat/krim yang diberikan oleh doktor,jangan terlalu tebal kerana kulit bayi agak sensitif dan lembut.Ada krim yang boleh menyebabkan parut pada kulit bayi.

MAKLUMAT PENTING JIKA ANAK ANDA CIRIT BIRIT

Cirit birit perlu ditangani dengan bijak oleh semua ibu bapa agar komplikasi yang buruk tidak akan terjadi kepad kanak-kanak terlibat.Antara sebab² berlakunya cirit-birit adalah makanan yang diambil oleh kanak² telah tercemar oleh kuman² samada semasa penyediaan makanan tersebut atau kerana makanan tersebut telah dihinggapi lalat.Namun terdapat faktor² lain yang boleh menyebabkan cirit birit.

1. Antara faktor-faktor cirit-birit
a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu

d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?
Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:
a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.



5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?
Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?
Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?
Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet. 



Memang sangat risau bila anak yang tak biasa kita dengar menangis bagai nak rak,tiba-tiba nangis macam tak ingat dunia.Emak mana yang tak sedih.Hanya kita je yang dapat menyelami hati anak² yang kesakitan tu.Kalau kita rasa sakit melihat diorang seperti itu,apatah lagi anak² yang menanggungnya.Moga entry ini bermanfaat untuk kita semua..insya allah.







Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top