2
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Anakanda sorang ni semakin membesar.Sudah 9 bulan usianya.Rasa macam baru je melahirkan dia..macam teringin nak mengandung lagi..hahaha..Tapi bila fikirkan risiko ,mungkin berehat lagi 2 atau 3 tahun.

Seronok bila tengok anak membesar depan mata kan..As a parenting blogger selain memberikan dan share tips berguna kepada readers,ada juga selitkan perihal anak-anak yang semakin membesar ni.

Mungkin ada dikalangan ibu-ibu yang mempunyai anak seusia Naura ni,dah pandai berjalan,dah ada gigi banyak,dah pandai merangkak..Alhamdulillah..semuanya tak sama kan..begitu juga dengan naura.Di usia menganjak ke 10 bulan,dah ada sebatang gigi dan yang terbaru ni,dah merangkak dua tiga langkah..Mungkin dia malas, atau mungkin juga dia tak serasi dengan step seterusnya tu..wallahualam.

Sekarang ni pantang lepa,bila di walker tu,dia akan ke dapur,bilik pulak dah pantang terbuka,kalau masuk bilik je takpe,habislah baju umi digemburkan.emmm..terpaksalah umi kemas balik..Semuanya kena ada security..Bilik air tak boleh terbuka,pintu grill depan tu pun tak boleh terbuka,cepat je dia tuju.


Harap raya nanti dah boleh berjalan..hahhaa...semangatkan umi dia..Bukan ape,senang skit umi nak ajak beraya...Penat mendukung dia..Sekarang ni pun dah 8 kilo lebih..Mau ketak tangan ni berdukung.Nak bawak stroller di tempat-tempat yang sempit macam payah sikit kan

Kalau dirumah babysitter,banyak tempat yang boleh dia berdiri..Kalau kat rumah ni,sofa takde...harap berdiri di tepi katil je..Tu pun berangan nak pegang sebelah tangan je..Nampak tak sel-sel otaknya sedang berhubung.Alhamdulillah..

Cuma sekarang ni,mungkin pada dia,selalu sangat selsema dan batuk.dah kerap jugak ke doktor.naik risau pulak umi.Harap itu cuma upah untuk dia mendapat sesuatu kebaikkan yang baru dalam tumbesarannya.

Post a Comment

  1. Moga naura terus membesar dengan sihat ya sayang...

    ReplyDelete
  2. yup betul tu, moment paling indah bila melihat anak membesar depan mata..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top