3
Assalamualaikum


stroller,carseat murah



Secara Ringkas


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa kedalam kapal terbang.

Selain itu, jika anda tidak mahu kereta anda sempit disebabkan baby stroller. Aldo Compatto jawapannya.



Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa


Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO. Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh lipat dan buka dengan satu tangan.

Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?


  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang kami suka!


Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan


Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang di dalam kereta.

Dimana hendak beli?


Saya rekemen anda beli Aldo Compatto di The Baby Store 

Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang anda belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau...

stroller murah

Tak perlu tunggu lagi untuk mendapatkan Keperluan bayi anda dengan harga berpatutan.Hanya dengan satu klik,anda dah boleh berbelanja semuanya di The Baby Store ini.


Post a Comment

  1. minat sangat BabZEn yoyo dulu...teramatlah berguna untuk sesiapa yang ada kerete cinonet macam saya ni....tapi memang Babyzen mahal...tak mampu den...bila dah beli stroller untuk bakal baby masa tu, baru la dapat tahu padal Aldo compatto ni...haihhh...sedihnya rasa hati...

    ReplyDelete
  2. bagus ada stroller yang jenis mudah dibawa ni.

    ReplyDelete
  3. You may likewise get a kick out of the chance to extend your arms and neck to release up these muscles, as well. best single baby stroller

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top