3
Assalamualaikum

Tetiba je kan blog si dairy ni bercerita pasal kereta.Bukan apa,lepas bertukar kepada bateri basah ni,penjagaannya lebih berbanding kepada bateri kering.Bateri basah ni,nak kena selalu tengok air bateri mencukupi atau tidak.


bateri basah
Bateri basah

bateri kering
bateri kering

Penjagaan bateri kereta sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta panjang dan ia juga memastikan perjalanan yang selamat.Bateri kereta terbahagi kepada dua iaitu Bateri kering dan Bateri Basah.

Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3.-4 tahun manakala bateri kering pula 2 tahun.Dengan penjagaan yang elok,jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dan kos yang tinggi untuk menukar bateri baru juga dapat dielakkan.



Bagaimana cara untuk menjaga bateri kereta supaya tahan lama.

1. Bagi bateri basah,pastikan tahap sukatan air bateri(asid sulfurik) sentiasa diperiksa supaya tidak kering.Tidak bagi bateri kering kerana ianya "Free maintenance".Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuka cas bateri,Jika ianya hijau-OK .Jika ianya hitam-KO" Maknanya bateri perlu ditukar dengan segera.

2. Pastikan wayar penyambungan pada bateri dicabut jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku.

3. Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih.Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat(baking powder)kemudian bilas dengan air panas.Cara paling mudah adalah spray dengan silikon anti-karat..


Sumber:sini


Lepas dah tukar kepada bateri basah ni,bila dah balik kampung,balik pulak ke rumah,make sure aku suruh husband tolong checkkan..

Kalau bateri kering tu,senang skit..Dah dua tahun,ganti.Tapi risaunya lupa bila bateri tu dibeli..Hah!! 2 tahun pun aku lupa kan!!

Pernah terjadi bila on je kereta,bunyi meletup kat depan..kuat bak ang!!Ingat kan apelah yang problem.Rupanya pomen cakap,bateri kering dah tamat tempoh..hah!! amik ko!..berasap duit keluar.











ips lain untuk penjagaan bateri nie:
  • pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
  • pastikan wire battery dalam keadaan baik
  • Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
  • check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
  • kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.  


Post a Comment

  1. saya pilih bateri kering, x payah nk isi air.

    jemput singgah
    http://www.cikguzamrud.com/2016/05/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html

    ReplyDelete
  2. tulah kan..tetiba bateri kong..menjajau cari kedai nak beli bateri..kalo singgut dapat 2 takpe..

    ReplyDelete
  3. bateri ni klu nak meragam x bagi signal pun ... heh heh

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top