4
Assalamualaikum

Ibu mana kan tak risau bila demam bersilih ganti.Ubat sampai dah habis still lagi tak baik.Hari Jumaat tuari,dapat panggilan kakak demam.Mula-mula takdelah umi risau sangat,tapi bila dah banyak kali tanya,demam,batuk selsema masih tak kebah,dah takde fikir lain dah ni.Memang kena balik jugak.Kakak awfiyah ni kalau tak sihat merengek sikit berbanding adik.

Balik kampung malam jumaat tu jugak.Terpaksalah sabtu cuti,walaupun sayang nak cuti hanya setengah hari,tapi terpaksa jugak la kan..Anak lebih utama.bukan senang weh nak dapat anak ni..uiiihhh..


Ni kakak tak baik lagi,adik pulak demam..Malam tadi terpaksa tinggalkan kakak walau dia masih tak sihat.Waktu tu cuma batuk dan selsema lah yang tak hilang lagi.Demam alhamdulillah dah kebah.Tapi risau jugak batuk tu..Sebab bila bernafas,dada masih berbunyi..Minta nenek dia ulang lagi gi klinik keluarkan kahak tu.Nasib baik tak ditahan hospital.

Malam tadi pulak,adik demam..Sampai je rumah malam tu,terus bagi ubat demam..Malam pantau lagi kot dia demam tengah-tengah malam..seriau weh bila anak demam tengah malam.Baknya umi dia tidur mati,anak dok panas tinggi-uisshhh...apa-apa boleh jadi..Bila anak demam ni,nak tidur pun takut.Basahkan kepala dia ngan tuala basah selalu..tu je yang aku buat bila dia demam malam.


Nilah budak berdua ni..Sekarang ni dah pandai bergaduh..Adik yang selalu suka cari gaduh..Kekadang saja je dia tarik rambut kakak dia.



Post a Comment

  1. Anak2 demam memang merisaukan SR..
    Semoga cepat sembuh mereka berdua..

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh ye anak² ... ;)

    ReplyDelete
  3. Mmg risau especially bulan puasa ni... semoga cepat sembuh spt sediakala, aamiin.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh...comeinya dia susu sama-sama sebelah-sebelah...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top