7
Assalamualaikum


Lagi beberapa hari nak raya ni kan..Hoii..semangat raya kali ni membuak-buak weh!! Bukan sebab tak sabar nak pi beraya,tapi sebab nak pakaikan anakanda kedua tu baju raya,berkumpul bersama kerana ini adalah tahun pertama mereka beraya berdua.Yelah,tahun lepas si anakanda naura tu masih dalam perut lagi.kakak je lah yang beraya sorang.Jadi tahun ni,semangat sikit beraya dengan adik dia..

Hari raya ni memang tak sah kan kalau tak de ketupat..Korang lebih suka makan ketupat segera  atau ketupat dari daun kelapa.Kalau korang nak tahu,aku lebih sukakan ketupat daun kelapa kerana dia ada satu keistimewaan dari segi rasa,keistimewaan dari anyaman ketupat tu jugak..hahaha...ada kena mengena ke tak kan..

Siapa pandai anyam ketupat sila angkat tangan!! aku????????????? rasanya my ayah tu dah naik bosan sebab setiap kali raya ,mesti kena ajar anak dia anyam ketupat.Tangan tak berseni memang payah nak masuk otak..Last-last dia anyam sensorang dia je..Anak dia entah lari kemana...hahahha...akulah tu.

Sebenarnya kalau tengok orang dok anyam ketupat kan,macam senang!semudah abc je..Tapi bagi mereka yang baru belajar ni,uiisshhh..sangat susah sebab berbelit-belit..salah belit,mau jadi tergulung ketupat tu...


Hah..ni aku dok godek-godek google dan dapatlah hasil pencarian bagaimana cara mudah anyam ketupat.

Cara Mudah Anyam Ketupat
Nampak senang kan..aku berazam tahun ni aku nak cuba jugak buat sampai berhasil..sebelum ni kalau lepas ayah aku buat,aku just cantik-cantikkan lah daun ketupat tu agar beras tak terkeluar nanti..

Tapi korang tau tak,ketupat ni ada beberapa jenis anyaman ketupat


Ketupat bawang

Ketupat satay

ketupat burung

ketupat palas

ihsan gambar google


Aku rasa ada banyak lagi kot jenis ketupat..Tapi yang selalu ayah aku anyam adalah ketupat bawang dan ketupat satay..Tapi  selalunya kitorang campur jugak dengan ketupat segera.Kalau ketupat anyam tu selalunya buat dalam 100 je..Tak banyak..

Korang macam mana...pandai dak anyam ketupat...

Post a Comment

  1. Kakak dah angkat tangan sebab bukan nak puji diri tapi memang kakak tiap tahun buat ketupat anyam ni. Dua-dua jenis bawang dan satay kakak boleh buat. Sebenarnya senang eda. Satu tu ekor daun atas, satu lagi ekor daun seiring. Hmmm... pakai cakap susah. nak kena pegang dan tengok juga baru boleh jadi:)

    ReplyDelete
  2. Part anyam ketupat ni memang kerja akak Eda..
    Bukan setakat anyam .. kena masuk beras dalam ketupat tu lagi..
    Senang sebenarnya menganyam ketupat ni eda..
    Akak mula belajar masa sekolah rendah lagi :)

    ReplyDelete
  3. cik akak pernah belajar anyam ketupat yang gambar atas tu..tapi dah lama..hahaha..tak ingat step pula dah

    ReplyDelete
  4. Hehe tak pandaiiiii. Masukkan beras tahu lah heheheh

    ReplyDelete
  5. Kaknoor kalau ketupat palas oklah
    Tpi yg lain mmg serender lah

    ReplyDelete
  6. Dulu zaman sekolah dah belajar dan pernah anyam ketupat ni... tapi, sekarang boleh lupa langsung la... adehh... kena belajar balik ni...

    ReplyDelete
  7. stkt ni xpnh anyam ketupat..ahahaha

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top