17
Assalamualaikum

Wah!! Seronok kan bila dapat duit terpijak ni..Memang beraya sakan ler nampaknya tahun ni,Apa taknya dapat duit berjuta-juta..bahahaha..

Kisahnya tuari dapat satu email dari google mengatakan blog aku ni dah terpilih untuk memenangi Google reward dari pihak mereka...Ko Hado!! adeh...kan ke syok nak raya ni dapat duit banyak tu.

Taklah pening nak fikir segala jenis GST bagai..tutup mata je pilih baju anak-anak..Memang raya sakan ler..Takat nak bagi sorang 10 hengget pada tetamu..Small the matter.

Lagi satu boleh la menderma kepada mereka-mereka yang dalam kesusahan tu..Tapi kalau perkara tu betul-betul berlaku pada aku..Kalau sekarang ni,derma mana yang mampu je,tu pun dah memadai

Korang rasa...

Sekarang ni pelbagai teknik penipuan online yang dah mereka lakukan..Takkanlah senang-senang je google nak bagi amount banyak tu kan..iskk..diorang ni..Kalau diikutkan banyak lagi email SPAM yang aku dapat berkenaan dengan duit dan satu lagi nak no akaun..memang bukan senang la kan nak bagi..Kena selidik dulu apa sahaja email yang datang.Nak bagi details pun kena tengok-tengok jugak kan..

Post a Comment

  1. huh.. Paling tak suka kalau dpt email yang sesat entah ape2.. Kdg2 boleh mengundang padah juga emel2 camni..

    ReplyDelete
  2. Sedekah balik duit tu kat dia SR hihihi..

    ReplyDelete
  3. macam ni pun ada ye..selalunya depa memang suka guna nama2 besar macam ni..ingat orang nak percaya la tu..kan??

    ReplyDelete
  4. Hahah ena memang tak buka langsung email kat spam2.. delete semua mana yg rasa cam pepelik je

    ReplyDelete
  5. dah agak dah. banyak sangat spam email sekarang ni. dengan entri macam akak ni, semua orang boleh berhati-hati. :D

    ReplyDelete
  6. Sapa tak suka tetiba dpt duit berjuta2 .. hehe

    ReplyDelete
  7. Mcm2 emel bukan2 skrng ni... yg ajak kawin dan nak bagi harta berjuta2 pun hado... adehh... mmg kena berhati2 skrng.. tp klu betul masyukkk tu... :) :)

    ReplyDelete
  8. ni yang tak best ni dapat email camni

    ReplyDelete
  9. Rasanya makin menjadi-jadi pulak email yg macam ni...saya pernah dapat, dia cerita cerita sedih konon nk mati & takde pewaris la...nk kita jadi pewaris katanya..nampak sangat SCAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak betul spam skrg ni kan
      cik kumbang pun pernah dpt email mcm mama amir

      Delete
  10. mmg spam nie.. kalau betui memang raya besar la akak jawabnye..

    ReplyDelete
  11. Haha.. jika ianya realiti dah lama berhenti kerja.. hehe

    ReplyDelete
  12. Pernah juga dapat tapi tak layan. Scam ni

    ReplyDelete
  13. Pernah juga dapat tapi tak layan. Scam ni

    ReplyDelete
  14. aku pun dapat email google reward 2...mcm celaka scam online ni...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top