2
Assalamualaikum


Bila bawa dia bersiar-siar atau ke shopping complex memanglah rasa penat.Bukannya apa,sejak dia semakin membesar dan dari bulan ke bulan,berat dah bertambah.Maka haruslah umi dan babahnya sakit tangan nak dukung dia.

Kalau duduk dalam stroller memang sekejap je dia duduk dalam tu.Dia lebih selesa bila didukung.Lagi satu stroller tu terlalu besar,jadi bila di shopping complex tu,macam kurang selesa nak bawa di tempat ruangan yang sempit.So,terpaksalah umi dan babah bergilir-gilir untuk mendukungnya.

Ada juga terfikir nak carikan dia Baby Carrier yang comfortable.Selesa apabila dia di dalam dan taklah penat orang yang membawanya tu kan.

Kekadang kita terfikir bagaimana nak mencari Baby Carrier yang sesuai untuk anak kita kan.Di pasaran sekarang ini pun pelbagai jenis Baby Carrier yang dijual samada murah atau mahal.Sebenarnya ada beberapa kriteria yang harus kita titiberatkan sebelum membeli.Apa kata kita ikuti Tips ni supaya ia lebih memudahkan kita dan yang paling penting selamat untuk anak-anak kita.
sumber sini

1.TICKS: Pilih carrier yang mematuhi Prinsip TICKS ini

  • T-Tight = Maksudnya anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa.Jangan terlalu ketat sehingga anak tidak boleh bernafas.
  • I-In vew all times = Anak mesti sentiasa dapat dipantau.Untuk back carry,pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
  • C-Close enought to kiss = Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul.Penandanya kita dapat cium dahi atau kepala anak(untuk font carry).kalau tak sampai nak cium maknanya kedudukan anak terlalu rendah.Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawanya.
  • K-Keep chin off the chest = Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
  • S-Supported back = Bahagian belakang anak disokong dan berada dalam keadaan semulajadi.Penting bagi bayi 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C(seperti dalam kandungan)kerana tulang belakang mereka masih belum kuat.Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan atau menganggu tumbesaran tulang belakang mereka.

baby carrier

2.Selesa,orgonomic dan selamat.

Penting untuk pembawa dan anak berada dalam keadaan yang selesa.

baby carrier
baby carrier



baby carrier
Bag Sling adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan bayi lemas.Di US produk ini tidak lagi di jual kerana telah berlaku kejadian bayi lemas.

baby carrier
Hipseat tidak ergonomic kerana tidak menyokong belakang badan bayi.

3.Beli yang Original
Memang diakui,harga untuk Baby Carrier yang original memakan ratusan ringgit tetapi mempunyai jaminan dan juga Qualiti yang terbaik untuk anak anda dan juga anda,Di pasaran juga terdapat Baby Carrier tiruan dengan harga yang jauh lebih murah,tetapi tiada Qualiti.Produk tiruan tidak menjalankan proses QC yang betul.Tetapi ada juga yang menjual mahal tetapi bukan yang original.Untuk mengelakkan membeli barangan tiruan,eloklah jika anda membeli dengan pengedar-pengedar yang sah.

4.Pilih ikut kesusuaian.
Dipasaran ini banyak jenis baby carrier yang dijual.Ada wrap,soft structure carrier(ssc),ring sling dan macam-macam lagi.Pilih ikut kesesuaian umur bayi anda.Rujuk gambar di bawah untuk panduan.



baby carrier




baby carrier



Mybe kalau untuk Naura aku akan memilih SSC tu..rasa lebih selesa.Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai cara-cara nak carry baby atau dipanggil baby wearing,anda boleh join group facebook Malaysian babywearers.. Banyak info yang boleh didapati dan dipelajari. Mereka juga sering anjurkan perjumpaan untuk ibu bapa mencuba pelbagai jenis carrier yang TICKS.

Nak beli tapi harga terlalu mahal? Memang tak dinafikan harga carrier yang disenaraikan di atas agak mahal tapi berbaloi sebenarnya.
Bagi mereka yang belum ada bajet, boleh mulakan dengan menggunakan kain batik lepas. Tapi pastikan kain masih baru dan kukuh.
Anda juga boleh beli 2nd hand @ used baby carrier dari penjual yang dipercayai. Macam mana caranya? Join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.

Bagi mummies yang dah terbeli carrier yang tak ergonomic macam crotch carrier tu jangan bimbang. Anda tak perlu buang (sayang jugakkan harga nya pun mahal especially brand bjorn). Anda boleh ubah kan jadi ergonomic carrier seperti dalam gambar di bawah. Boleh gunakan shawl yang tebal tu.

baby carrier

Jadi lepas ni boleh la cari Baby Wearing yang sesuai dengan Naura,,Bukan apa,untuk keselesaan bersama,kena lah cari yang lebih berkualiti dan yang penting sesuai dengan peringkat umur naura tu.So lepas ni boleh la bawa naura berjalan-jalan menggunakan ni..Tak payah nak guna stroller untuk tempat yang sempit seperti di shopping mall dan lain-lain.




Post a Comment

  1. nice sharing. Teringat masa anak-anak kecik dulu ... lebih selesa guna stroller dari baby wearing ni :)

    ReplyDelete
  2. memang mudah tapi cam tak kuat je nak mendokongnya..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top