8
Assalamualaikum

Ada aku cerita kat korang kan tentang kes shopping semalam di entry satu family demam.Di dalam entry tu aku ada selitkan cerita aku tershopping sikit baju anak-anak kan.ececehhh...

Kalau ikutkan husband aku semalam,memang dia tak larat jugak nak ikut aku masuk shopping complex tu,tapi disebabkan dia nak jugak tengok baju anak-anak so diikutkan jugak..Dah alang-alang lalu kat situ..Singgahlah sekali..sekali arung kan,nanti taklah banyak nak kena buat dah last-last puasa...Boleh la balik kampung dengan tenang..Dah tak payah nak singgah mana-mana pun.

Tapi,maha penat kalau kena dukung si Naura ni..Nampak je macam comel ceteot..berat dah 9 kilo..Sampai babah dia pun tak larat nak pegang dia..Itu belum si kakak ikut umi dia pi shopping.Tuari pun masa balik kampung ,ajak dia pi shopping baju babah dia,bagai nak rak umi mengejar dia.Naik troli memang takmo lah dia.Pantang tengok mainan atau jajan yang dijual disekitar tu..Mulalah dia rambang mata nak tu dan nak ni..Tapi umi dia ikutkan jugak lah karenah dia..Cuma bab jajan tu umi tak galakkan sangat..Umi selalunya akan suruh awfiyah buat pilihan nak yang mana satu..Kalau dia tak boleh jugak nak bertolak ansur dengan umi,maka umi cepat-cepat dukung dia bawa jauh-jauh.

Biasalah kalau bawa anak-anak untuk shopping ni,banyak risiko yang perlu kita hadapi..Maklumlah sekarang ni banyak kes-kes yang tidak diingini melibatkan anak-anak kan..So untuk avoid benda ni daripada berlaku,ada juga langkah-langkah yang perlu kita sendiri sebagai ibu bapa kena ambil tahu.Meh kita share sedikit panduan dari majalah pama  untuk ibu bapa yang nak bawa anak keluar shopping raya ni

1. Keluar Awal
Keluar pada awal pagi bagi mengelakkan kesesakkan.Sebaiknya sampai ke destinasi yang hendak dituju tepat semasa pusat membeli belah tersebut baru memulakan  operasi.Sudah pasti mudah mendapat tempat letak kereta.Yelah..Bila dah ke tengahari,mana mungkin senang nak dapat parking..Kalau dah bawak anak-anak ni,parking jauh-jauh..uihhh..lemau betul kita ni nak mengangkat anak-anak..Bak nya hujan,hari biru jugak.

2.Bawa Senarai
Bawa senarai barang yang hendak di beli.Biasanya kalau tiada senarai kita cendeung membeli barangan yang tidak penting.Pantang nampak cantik,cepat sahaja ambil.Selain daripada itu,senarai barang dapat menjimatkan masa dan pastinya duit.Tapi kalau bab beli barang dapur,aku tak bawa naura.Tinggalkan dia dengan babah dalam kereta.Paling cepat dan menjimatkan masa.

3.Elak waktu tidur anak
Bila bawa anak kecil membeli-belah,janganglah pergi ketika hampir waktu dia tidur.Sudah tentu anda lebih memahami waktu tidur anak.Ia hanya akan membuatkan si kecil mengamuk apabila rasa mengantuk,dan sudahnya sukar untuk anak membuat pilihan.Yes! sangat betul.budak-budak ni bila dia mengantuk,mulalalah buat perangai.Sebab tu lah kalau shopping bawalah stroller..senang sikit nak tidurkan dia dalam tu.Jadi boleh la sambung cuci mata lagi.

4.Bawa makanan
Bawa bekalan makanan yang ringkas untuk anak.Contohnya air dah biskut.Sekurang-kurangnya apabila mereka mula bosan dan lapar,anda dapat mengurangkan risiko si anak mengamuk.Bekal tu memang wajib untuk bawa ke mana-mana.walau kakak dan adik duduk dalam kereta pun aku bekalkan makanan susu atau air.Kalau macam kakak fiyah,masuk je kereta dia dah mula merengek nak susu..sebab tu lah kena standby dulu

5.Jangan shopping lama-lama
Hadkan masa membeli belah.Anda kini bukan lagi berstatus single sebaliknya sudah bergelar papa dan mama.Jadi janganglah bershopping sama seperti masih bujang.Anak kecil tidak betah untuk menghabiskan masa yang lama melakukan perkara yang sama.

6.Awas penculik
Utamakan keselamatan anak-anak di pusat membeli belah.Menjelang musim perayaan kebanyakkan pusat membeli belah akan menjadi sesak.Walauun anda fokus kepada pencarian barangan yang hendak di beli jangan sesekali membiarkan anak berseorangan.Maklumlah kan,sekarang ni ramai penculik yang mengambil kesemaptan di atas kecuaian kita sendiri.Penculik ni memang kita tak perasan,sehinggalah kita tau anak kita hilang.Sentiasa pastikan anak anda berada di dalam pantaun anda dan pasangan.


7.Jangan main di Eskalator
Jaga keselamatan anak di eskalator. Walaupun anda mengejar masa tetapi jangan sesekali membiarkan si kecil naik eskalator tanpa pengawasan atau bermain di eskalator semasa kita sibuk bershopping. Kita kerap terbaca atau terdengar kes kanak-kanak terjatuh di eskalator pusat membeli-belah sehingga ada yang membawa maut.


Sebaiknya sampai ke destinasi yang hendak dituju tepat semasa pusat membeli-belah tersebut baru memulakan operasi. Sudah pasti mudah mendapat tempat letak kereta.

Bukan mudah kan nak bawa anak kita pi shopping.Banyak benda perlu dititikberatkan supaya anak kita tidak hilang atau cedera.Tapi jika ikuti panduan seperti ini,insya allah,anak kita akan selamat.

Post a Comment

  1. Terima kasih atas panduan ni. Sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Saya selalunya masukkan anak-anak saya dalam troli, jarang bagi depa jalan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas panduan ni. Sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Saya selalunya masukkan anak-anak saya dalam troli, jarang bagi depa jalan sendiri.

    ReplyDelete
  3. nice tips, kak. hehe panduan ni sangat berguna. kadang-kadang benda yang simple ni kita perlu bagi perhatian. lagi-lagi dengan dunia sekarang yang macam-macam hal.

    ReplyDelete
  4. Jgn lama-lama tu betul sangat. Lagi-lagi kalau dah clash masa dia nak tidur jgn salahkan anak kalau dia meragam..

    ReplyDelete
  5. bagus tip ni..memang takde lama-lama biasanya..biskut & air memang kena stanby..lagi-lagi susu

    ReplyDelete
  6. Info yang bermanfaat ... ada anak kecil ni memang tak shopping sangat.. kalau sorg duku ok lagi la.. dh bertambah ni.. malas nak shopping lagi..

    ReplyDelete
  7. hahaha...boleh buat kt adik jgk nii

    ReplyDelete
  8. tips yg berguna ni. .tp kelmarin sy ke shopping complex. .masih ramai ibu bapa yg lalai awasi anak2 dorg. ..suda hilang dr pandangan mata bru laki bini nak bergaduh. .

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top