2
Assalamualaikum

Dah dua hari masuk hari ni Nur Naura Auni demam..Eh..sebelum tu aku nak tanya,ada tak di antara anak² korang yang selalu sangat demam..Kekadang tiap-tiap bulan demam.ehmmm...Macam tulah si Naura tu.Tiap-tiap bulan demam.Tak taulah kenapa antibodi dia tak kuat macam kakaknya dulu.

Ikutkan aku memang taknak pergi ke klinik tu.Tapi disebabkan risau kalau tengah² malam dia demam panas..Uih...mengerikan jugak.Yang dua hari demam tu pun umi dia takut nak tidur.Tidur-tidur ayam je.Lepas tu si Naura ni bukan jenis merengek kalau demam.Cuma bila dia tidur tu,dia nak tidur atas lengan ni hah!!..Lagi satu,kesian kat dia,nak bernafas pun payah beb.,

So,dengan rela hatinya,umi hantar dia ke klinik kesihatan taman air biru.Asyik ubat swasta je kan..Risau kot dia tak serasi pulak dengan ubat swasta..mana tau!..Aku bukannya tak nak ke klinik kerajaan ni,satunya,dia takde bukak malam,Lepas tu korang tau lah kan,orang ramai.Kecuali aku ada appointment dengan doktor kerajaan.Samada aku atau Naura yang ada appointment tu.

Klnik swasta ni,tak payah lah nak apply cuti.Balik kerja pun still boleh pergi lagi.Tapi tadi,awal-awal lagi aku dah berada di klinik.Nasib aku baik,hari ni memang tak ramai orang.Aku daftar pukul 8.15 pagi,dalam pukul 8.45 aku dah settle..Syukran..Just ambil time off je sekejap.Jadi taklah guna cuti yang ada tu..Bukan sayang pada cuti..Kot lah kalau ada emergency,boleh la gunakan Annual Leave tu sebaik mungkin.Biasalah,kalau takde AL tu,alamatnya,gaji kena potong..Kalau takat potong singgit dua ok lagi..Ni kalau dah satu hari,cecah rm50..adeh!!!

Up skit gambar anak beranak ni..agaga

Harap bila dah dapat ubat,cepatlah dia sembuh.As usual,doktor kerajaan takkan bagi ubat selsema ataupun ubat batuk.Doktor hanya kasi ubat demam dan ubat titis kat hidung je..

Dah  pun sampai ke office sebelum 9.00 pagi tadi..wah..cepat kan..ok..amik masa sebenarnya update entry ni..yang dah dischedule tu belum muncul lagi..

Post a Comment

  1. Semoga anak awak cepat sembuh ..

    ReplyDelete
  2. bab nak menunggu kat klinik tu sape sape pon malas kak tapi ongkosnya kurang..hehe
    cepat sembuh yer naura..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top