7
Assalamualaikum

Dah 11 bulan Naura sekarang ni dengan berat 9kg..Alhamdulillah..Badan pun semakin montel.Sekarang ni memang nak makan je kerjanya.Sampai umi ni buntu nak masak apa untuk dia..Tapi dia lebih prefer bubur nasi yang di campur dengan ikan bilis,lobak atau Brokoli..Kekadang umi lainkan sedikit tukar ikan bilis dengan ayam..Kalau hari-hari bagi dia makan makanan yang sama boring pulak kan.
Resepi Makanan bayi 11 bulan ke atas


So,nak ubah sikit la menu yang selalu dihidangkan pada Naura..Eh..pernah aku buat bubur campur dengan daging..tapi dia macam tak berkenan..Makan pun tak habis..So kenalah cari resepi lain untuk dia.Disebabkan Naura masih belum boleh mengunyah makanan dengan baik..Gigi pun sebatang lagi..Semua makanan harus di blend supaya senang dia nak makan dan bagi mengelakkan dia tercekik.

Jom kita tengok apa resepi yang boleh kita buat untuk anak kita pada umur mereka 6 bulan ke atas

Resepi makanan Kentang

1 biji kentang bersaiz kecil
1 keping keju cheddar
2 pokok kecil brokoli
2-3 air suam/susu/ibu/susu tepung

Cara membuatnya
Rebus kentang dan brokoli.Pastikan kentang tu empuk.Biarkan sejuk seketika.Masukkan ke dalam blender dan masukkan sekali keju,dan juga air suam/susu ibu atau susu tepung
Kemudian dah boleh beri kepada anak..Tak perlu letak garam atau gula ye kerana cheese tu pun dah masin 

Bubur ikan  dan saderi
Masak bubur nasi
2 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun saderi
secawan air

Cara membuatnya
Jika guna ikan bilis,perlu direndam 5 minit untuk membuang garamnya.Masak ikan dengan api yang kecil selama 5 minit.Setelah masak,daun saderi dicincang halus.Rebus sebentat sehingga daun saderi masak.Hancurkan ikan dan masukkan ke dalam bubur.Begitu juga daun saderi..boleh juga diblender..Siap untuk hidangan si comel.

Dah dua resepi untuk dibuat dalam minggu ni...Cuma kelainan untuk Naura,umi masukkan cheese dalam masakan dia tu..Mana tau dia suka kan..boleh la buat selalu.













Post a Comment

  1. bagus perkongsian akak untuk ibu2 diluar sana..:)

    ReplyDelete
  2. Memang nak kena study jugak dah ni resepi utk baby yang baru bak belajar makan.. Thanks sis share resepi ni.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. tgk mknn deme yui lak rasa sdpnya kalau dpt.hehe

    ReplyDelete
  4. Tengok badan dia pun tahu mantap dah Eda
    Rasa kakak besar sikit nanti dia lagi besar dari kakaknya.

    ReplyDelete
  5. nad pun selalu study makanan baby

    ReplyDelete
  6. Dah makin membesar naura.Dah pandai pilih makanan tu :)

    ReplyDelete
  7. Uiss boleh tahan berat dia.. Membesar dengan sehat ni.. X larat nak dukung ni aida.. hehe.. Sama menu dgn anak lea dulu..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top