0
Assalamualaikum


Hah!! meh main masak-masak dengan resepi yang serba ringkas ni.Sebagai ibu yang bekerjaya ni,menu simple memang menjadi pilihan.Yelah..Balik kerja dah pukul 5 petang..Kekadang pukul 5.15 petang baru nak keluar office.Lepas tu terus pick up anak kat rumah babysitter..itu ini itu ini dah 5.30 baru sampai rumah.

Sebab tu menu simple diperlukan supaya sempat waktu berbuka puasa..At least sebelum berbuka tu haruslah dapat rehat sedikit walaupun tak sampai setengah jam.Sambil memasak pun orang kata boleh lagi kelek anak.betul tak.Kalau tak rehat,makanya buka puasa dengan air masak jelah..lepas tu tak lalu nak makan sebab dah keletihan...Itu akulah..korang tak tau pulak..

So Korang masak apa untuk berbuka nanti..kalau masih takde idea nak memasak,boleh cuba resepi campak-campak ni.Cendawan ni memang aku dah siap beli tau!!Biasalah..tiap-tiap minggu memang wajib membeli barang basah..So beli je apa yang ada...Idea nak masak kita fikirkan kemudian..

Nah ni,..korang boleh cuba Cendawan Goreng Telur yang sangat mudah.

resepi mudah
Bahan-Bahannya

1. Bawang Merah*
2.Lada Besar(tak kira korang nak guna lada hijau atau merah)*
3.Carrot
4.Cendawan
5.2 biji telur(ni pun ikut suka korang nak masukkan berapa banyak telur dalam tu)
6.Sedikit garam
7.Udang(ikut suka..dah namanya resepi campak-campak..so letak sikit sebagai perasa)


* mayang halus


Caranya mudah je:

1.Panaskan Kuali
2.masukkan Bawang merah dan lada yang dimayam halus
3.Masukkan udang
4.masukkan cendawan dan tunggu air cendawan tu kering sikit,
5.Perasakan garam
6.Last sekali baru masuk telur.


Hah..siap dihidangkan..Mudah dan cepat kan..Makan dengan nasi panas-panas..Bertambah selera weh!!Kalau korang suka pedas,boleh la letak cili padi..



Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top